Declan Rice menghantar mesej penuh keyakinan kepada Manchester City dengan menegaskan bahawa Arsenal sudah bersedia untuk memberikan segalanya demi meraih kemenangan dalam pertembungan besar English Premier League (EPL) pada Ahad ini.

Pemain tengah The Gunners itu percaya pasukannya memiliki mentaliti yang diperlukan untuk mengharungi tekanan beraksi di Etihad Stadium ketika perebutan kejuaraan semakin memuncak.

Kemaraan ke separuh akhir UEFA Champions League (UCL) sedikit sebanyak kembali meningkatkan keyakinan dalam kem Arsenal.

Keputusan seri tanpa jaringan di Emirates Stadium menentang Sporting CP sudah memadai untuk membawa mereka ke separuh akhir, hasil kelebihan agregat selepas jaringan kemenangan lewat oleh Kai Havertz dalam aksi pertama di Lisbon.

Declan Rice turut menegaskan betapa pentingnya pencapaian tersebut, khususnya ketika kelab itu berusaha memperbaiki prestasi mereka di pentas Eropah berbanding musim lalu.

Didorong oleh kejayaan di pentas Eropah, bintang Arsenal itu menegaskan bahawa The Gunners tidak akan bermain untuk keputusan seri apabila bertandang ke Manchester City hujung minggu ini.

Walaupun terdapat pandangan bahawa satu mata sudah cukup untuk mengekalkan kelebihan mereka, Declan Rice tetap bertegas bahawa pasukan kendalian Mikel Arteta akan turun dengan mentaliti untuk menang di Etihad Stadium.

Rice Mahu Raih Kemenangan Di Etihad

“Sudah tentu, anda perlu menang setiap perlawanan, kami mahu menang setiap perlawanan dalam Liga Perdana,” kata Rice menurut sumber laporan Goal.

“Rekod kami tahun ini sangat luar biasa dalam semua pertandingan. Itulah sebabnya kami bermain bola sepak.”

“Ini permainan bola sepak pada akhirnya. Ia tentang berapa besar anda mahukannya. Jadi saya tahu saya akan bersedia, saya tahu rakan sepasukan akan bersedia, jadi jom kita pergi [tewaskan Manchester City].”

Sumber