Barcelona dilaporkan sedang giat merancang masa depan kelab, dengan perhatian mereka bukan sahaja tertumpu kepada pasaran pemain muda, tetapi juga usaha mengukuhkan kedudukan kewangan kelab.

Menurut laporan Marca, pengarah sukan Barcelona, Deco, telah mengadakan pertemuan dengan ejen JJ Gabriel, pemain muda Manchester United yang dilaporkan sedang mencari kelab baharu selepas memutuskan untuk meninggalkan Old Trafford.

Barcelona melihat pemain muda sebagai sebahagian penting dalam perancangan jangka panjang mereka. JJ Gabriel sebelum ini mendapat perhatian besar selepas dianggap antara prospek muda paling menarik dalam akademi Manchester United.

Bagaimanapun, Barcelona bukan satu-satunya kelab yang berminat. Real Madrid juga dilaporkan sedang mengikuti perkembangan pemain tersebut dan presidennya, Florentino Perez, dikatakan sudah campur tangan dalam usaha mendapatkan Gabriel.

Dalam masa sama, Barcelona turut melihat peluang untuk mendapatkan hasil daripada penjualan Marc-Andre ter Stegen pada musim panas akan datang.

Ter Stegen kini kembali mendapat perhatian selepas menikmati perkembangan positif ketika dipinjamkan ke Ajax. Prestasinya yang kembali meningkat turut membantunya mendapat panggilan semula ke skuad Jerman sebagai penjaga gol nombor satu. Situasi itu dijangka membantu meningkatkan nilai pasaran pemain berusia 34 tahun tersebut.

Keadaan kewangan Barcelona juga menjadi faktor penting dalam perancangan mereka.

Laporan Marca menyebut Barcelona perlu menjual pemain terlebih dahulu sekiranya mahu melakukan pembelian pada jendela perpindahan Januari. Ini bermakna sebarang usaha memperkuatkan skuad pada musim sejuk bergantung kepada kemampuan kelab menjana hasil melalui penjualan pemain.

Kehadiran pemain seperti JJ Gabriel dianggap sangat menepati DNA Barcelona. Di mana mereka mahu membangunkan pemain muda dan menggilapnya sehingga menjadi bintang.

Sebelum ini ejen JJ Gabriel iaitu ayah dia sendiri merungut kerana Man United tidak memberikan kontrak profesional kepada anaknya.

Ayahnya juga mempersoalkan keputusan Michael Carrick yang terus menyisihkan pemain 15 tahun itu daripada pemilihan skuad yang beraksi dalam perlawnaan kompetitif.