Manchester United dikejutkan dengan perkembangan mengejutkan membabitkan salah seorang prospek paling berbakat dalam akademi mereka, JJ Gabriel.
Pemain berusia 15 tahun itu sebelum ini dianggap sebagai wonderkid luar biasa United selepas bakatnya mula menjadi perhatian menerusi video YouTube yang mempamerkan kepantasan kaki dan kemahiran individunya.
United kemudian bertindak pantas mendapatkan pemain yang digelar Kid Messi itu.
Musim lalu, Gabriel mencuri perhatian selepas menjaringkan 26 gol dalam 29 perlawanan bersama pasukan Bawah 18 Tahun United.
Dia turut memenangi anugerah Jimmy Murphy Young Player of the Year dan dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Premier League Bawah 18 Tahun selepas menghasilkan 20 gol dalam 21 aksi liga.
Perkembangannya kemudian dipercepatkan apabila Michael Carrick membawanya berlatih bersama skuad utama.
Gabriel turut membuat penampilan sulung dalam perlawanan persahabatan menentang Atletico Madrid pada Ogos lalu.
A huge moment for JJ Gabriel! The 15-year-old made his Manchester United debut in their win over Atlético Madrid. 💎 pic.twitter.com/jjirvP6npx
— No Context Prem (@NoContextEPL) August 1, 2026
Malah namanya turut disenaraikan dalam skuad United untuk aksi Piala Carabao menentang Brighton minggu ini.
Jika diturunkan, JJ Gabriel berpeluang mencipta sejarah sebagai pemain termuda Manchester United dalam perlawanan kompetitif.
Namun ketika masa depannya kelihatan semakin cerah, tiba tiba berlaku sesuatu yang mengejutkan.
Gabriel memadamkan semua gambar berkaitan Manchester United di Instagram.
Tidak lama kemudian, Gabriel bersama ejennya yang juga bapanya dilaporkan menghantar notis rasmi kepada United untuk membatalkan pendaftarannya dan meninggalkan kelab sebagai pemain bebas.
Perkembangan itu dikatakan mengejutkan pihak United sendiri.
Manchester United wonderkid JJ Gabriel has asked to leave the club, sources have told ESPN.
Gabriel, 15, has formally stated his intention to leave Old Trafford with immediate effect. Sources have told ESPN that club bosses are not clear on Gabriel's reasons and are surprised by… pic.twitter.com/tDd0MEKiNV
— ESPN FC (@ESPNFC) September 15, 2026
Difahamkan, bapanya mahukan United memberikan kontrak profesional kepada anaknya.
Masalahnya, peraturan bola sepak England tidak membenarkan pemain berusia 15 tahun menandatangani Playing Contract profesional biasa.
Di bawah FA Rule C11, pemain perlu berusia sekurang kurangnya 18 tahun untuk memasuki Playing Contract.
Terdapat pengecualian tertentu untuk pemain berusia 17 tahun yang tidak lagi mengikuti pendidikan sepenuh masa.
Situasi ini dipercayai menjadi antara punca ketegangan berlaku.
Seterusnya, ayah JJ Gabriel dilaporkan kecewa selepas Carrick tidak menurunkan Gabriel dalam aksi UCL menentang Sabah baru baru ini, sebaliknya memberikan debut kepada Shea Lacey dan Harry Amass.
Bapanya dikatakan mahu JJ Gabriel meneruskan karier di Sepanyol kerana pemain boleh menandatangani kontrak profesional pada usia lebih muda. Lamine Yamal menjadi contoh paling jelas.
🚨🗣️ @samuelluckhurst: “Can't be a coincidence JJ Gabriel and his father have gone dark on their socials after two 19-year-olds made their UCL debuts against opposition that resembled a League Cup gimme.
“As brilliant a talent as he is, United shouldn't be held to ransom by a… pic.twitter.com/pzLtgVcPhj
— UtdTruthful (@Utdtruthful) September 15, 2026
Kini beberapa kelab besar di Sepanyol dilaporkan sudah menunjukkan minat terhadap Gabriel.
United bagaimanapun masih cuba memujuk pemain tersebut supaya kekal di Old Trafford.
Mereka jelas tidak mahu kehilangan salah satu bakat paling menarik yang mereka bangunkan dalam akademi.