Pengarah Sukan Barcelona, Deco mengesahkan bahawa Nico Williams telah menolak tawaran Barcelona. Sekaligus menamatkan spekulasi sama ada laporan media bahawa Nico Williams yang me-‘reject’ Barcelona, benar atau sebaliknya.

Nico Williams sebelum ini dikaitkan dengan Barcelona. Di mana pemain itu sempat memberikan isyarat kepada Barca bahawa dia mahu menyertai mereka dengan berkata bahawa, Barca tahu apa yang harus dilakukan jika mahukannya.

Nico Williams dipercayai merujuk kepada klausa pelepasan €55 juta yang teraktif pada kontraknya pada jendela perpindahan kali ini.

Deco dikatakan telah bercakap setiap hari dengan pemain beberapa bulan lalu sebelum Euro 2024. Dia yakin bahawa pemain itu benar benar mahu menyertai Barcelona.

Selepas tamat Euro, Barcelona mengemukakan tawaran mereka kepada Athletic Bilbao. Dan kelab itu sudah memaklumkan kepada Nico Williams tentang bidaan itu. Bilbao benar benar berharap pemain itu akan terus kekal di kelab itu.

Barcelona kemudian menunggu agak lama jawapan daripada penyerang antarabangsa Sepanyol itu. Dan beberapa hari kemudian barulah Nico Williams mengesahkan bahawa dia mahu terus kekal di kelab semasanya.

Malah sedia untuk mendengar tawaran terbaru daripada kelab itu. Dalam satu sesi bual bicara dengan peminat, seorang peminat Barca bertanya, tentang urusan perpindahan di Barca melibatkan Nico Williams.

Dia bertanya: “Adakah Nico akan datang?”

Deco segera menjawab: “Ya saya nak dia datang ke sini, namun dia tak mahu datang.”

Kemudian pemuda yang sama bertanya sama ada akan ada pemain baharu yang akan menyertai mereka lagi selepas ini. Deco mengiyakan pertanyaan itu.