Kalau sebut Liga Perdana Inggeris, ramai rakyat Malaysia mungkin sudah boleh bayangkan suasananya.

Ada yang sanggup berjaga sampai awal pagi, ada yang berkumpul di kedai mamak bersama geng, malah ada juga yang menjadikan hujung minggu sebagai masa untuk menonton pasukan kegemaran beraksi.

Kini, selepas penantian berakhir, Liga Perdana Inggeris kembali untuk musim baharu dan Coca-Cola mahu menjadikan pengalaman bola sepak kali ini lebih daripada sekadar menonton 90 minit di hadapan skrin.

Sebagai Rakan Minuman Ringan Rasmi Liga Perdana Inggeris, Coca-Cola memperkenalkan kempen Rasa-Rasa Bola yang meraikan cara unik rakyat Malaysia menghayati setiap detik bola sepak.

Lebih 50,000 kedai bakal hidupkan suasana matchday

Bola sepak di Malaysia memang tidak lengkap tanpa suasana meriah di luar stadium.

Sebab itu, lebih 50,000 kedai di seluruh Malaysia akan tampil dengan suasana yang diinspirasikan daripada kemeriahan hari perlawanan sepanjang musim ini.

Peminat boleh menjangkakan pelbagai aktiviti menarik, pengalaman interaktif dan ganjaran eksklusif yang direka untuk membawa sedikit suasana matchday Liga Perdana Inggeris lebih dekat dengan komuniti tempatan.

Jadi, pengalaman menonton perlawanan bersama rakan-rakan di kedai kegemaran mungkin bakal terasa sedikit berbeza musim ini.

Nak lagi meriah? Ada lebih 100,000 hadiah menanti

coca cola

Bukan sekadar suasana, Coca-Cola turut menyediakan promosi Sorak Hujung Minggu Dengan Coke X Liga Perdana Inggeris di seluruh negara.

Menerusi promosi ini, peminat berpeluang memenangi lebih 100,000 hadiah menarik, termasuk hadiah utama berupa tiga pasang tiket untuk menyaksikan perlawanan Liga Perdana Inggeris secara langsung.

Maksudnya, setiap hujung minggu boleh jadi lebih menarik apabila peluang untuk merasai sendiri aksi EPL secara dekat turut dipertaruhkan.

Coca-Cola mahu bawa peminat lebih dekat dengan aksi

Kempen Rasa-Rasa Bola musim ini turut melibatkan kerjasama strategik dan pelbagai aktiviti untuk peminat, dengan matlamat mendekatkan rakyat Malaysia kepada kemeriahan Liga Perdana Inggeris.

Menurut Chrystian Lim, Pengarah Pemasaran Coca-Cola Singapura, Malaysia dan Myanmar, bola sepak merupakan antara minat yang dekat di hati rakyat Malaysia.

“Selama 90 tahun, Coca-Cola telah menjadi sebahagian daripada pelbagai sambutan, tradisi dan detik kebersamaan rakyat Malaysia.

“Bola sepak merupakan antara minat yang paling dekat di hati rakyat Malaysia, dan tahun ini, kami menjadikan pengalaman tersebut lebih istimewa menerusi kempen Rasa-Rasa Bola yang mendekatkan para peminat dengan tradisi dan detik-detik kebersamaan yang menjadikan bola sepak begitu istimewa dalam kalangan komuniti,” katanya.

90 tahun bersama, kini sambut bola sepak pula

Sempena 90 tahun Coca-Cola bersama rakyat Malaysia, jenama berkenaan terus mahu menjadi sebahagian daripada pelbagai detik kebersamaan, termasuk ketika komuniti berkumpul untuk menikmati perlawanan bola sepak.

Dengan Liga Perdana Inggeris kembali, peminat di Malaysia boleh menantikan lebih banyak kejutan, pengalaman dan aktiviti sepanjang musim ini.

Daripada sorakan bersama geng, suasana kedai yang meriah sehinggalah peluang menyaksikan aksi EPL secara langsung, musim ini nampaknya ada lebih banyak sebab untuk keluar dan “Rasa-Rasa Bola” bersama-sama.

Jadi, dah bersedia untuk musim EPL kali ini?