Anda peminat filem seram? Ini ada berita baik kerana Tonton baru melancarkan kempen terkini mereka, ‘Berani Tonton, Berani Tidur?’.

Hanya dengan RM20 untuk 3 bulan, anda boleh menikmati deretan filem seram terbaik daripada TVN Movies dan Thrill; penuh dengan misteri, roh jahat dan kisah yang pasti buat anda tak senang duduk.

Deretan Filem Seram Hebat Menanti Anda Di 'Berani Tonton, Berani Tidur?'

Paling menarik? 3 filem seram TVN Movies; Exhuma, The Ghost Game dan Dark Nuns dibawakan khas untuk anda.

EXHUMA

Dua bomoh dan seorang pakar feng shui dipanggil untuk memindahkan kubur lama, tetapi tanpa disedari mereka membangunkan sesuatu yang jauh lebih gelap daripada yang dijangka. Dibintangi oleh: Choi Min-sik, Kim Go-eun, Yoo Hai-jin, Lee Do-hyun.

THE GHOST GAME

Sekumpulan pelajar mencabar diri bermain permainan hantu di penjara tentera yang ditinggalkan tapi permainan itu bertukar jadi mimpi ngeri sebenar. Dibintangi oleh: Yeri (Red Velvet), Lee Chan-Hyung, Seo Dong-Hyun, Oh So-Hyun, Kim Eun-Bi, Park So-Yeon.

DARK NUNS

Seorang wanita muda menyertai biara untuk mencari ketenangan, tetapi rahsia gelap di sebalik dinding suci mula terbongkar. Doa pun tak mampu selamatkan mereka. Dibintangi oleh: Song Hye-kyo, Jeon Yeo-been, Lee Jin-wook, Moon Woo-jin.

Kalau cerita seram dari Asia Tenggara? Jangan risau. Tetap ada antaranya Perjanjian Anak Syaitan 2, Iblis dan Red Rain.

PERJANJIAN ANAK SYAITAN 2 (Malaysia)

Sambungan kisah perjanjian terkutuk yang menghantui generasi seterusnya. Bila darah dan dosa diwarisi, syaitan pun kembali menuntut janji. Dibintangi oleh: Eyka Farhana, Alif Satar, Fasha Sandha.

IBLIS (Indonesia)

Seorang suami membeli rumah baharu untuk isterinya dengan harapan dapat memulihkan semula hubungan perkahwinan mereka. Namun, selepas berpindah masuk, mereka mula mengalami kejadian-kejadian menyeramkan yang semakin menjadi-jadi.Dibintangi oleh: Stevie Dominique, Kim Joshua, Christian Loho, Sabrina Athika.

RED RAIN (Thailand)Deretan Filem Seram Hebat Menanti Anda Di 'Berani Tonton, Berani Tidur?'

Selepas ibu bapanya berhenti memberi wang, Gab bekerja di kedai serbaneka dan bertemu Som, seorang gadis misteri yang muncul setiap malam. Apabila hanya dia boleh melihat dan bercakap dengannya, Gab mula menyiasat kisah sebenar di sebalik kehadiran Som. Dibintangi oleh: Sammy Cowell, Rikit Sittiphun, Kitkong Khamkrith, Kapol Thongplub.

Langgan Tonton Premium hari ini dengan hanya RM20 untuk 3 bulan, dan nikmati filem seram terbaik Asia dari TVN Movies & Thrill! Gunakan kod promo BERANITONTON sekarang di tonton.com.my.