Sebahagian daripada kita sedia menggunakan peranti tertentu yang dijual oleh pihak ketiga untuk menstrim konten berbayar tanpa menerusi saluran yang betul. Hal ini dikira melanggar hak cipta kerana pengkarya tidak mendapat bayaran daripada hasil kandungan yang disiarkan.

Oleh hal demikian, KPDNHEP telah mengeluarkan amaran kepada penjual supaya tidak meneruskan jualan peranti penstriman yang menyediakan kandungan tanpa kebenaran hak cipta. Kesalahan telah diperuntukan dibawah Seksyen 43AA, Akta Hak Cipta 1987.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: cnet

Kesalahan menjual peranti penstriman dengan kandungan yang melanggar hak cipta boleh didenda tidak kurang RM10,000 dan tidak lebih RM200,000 atau penjara dengan tempoh tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekaligus.

Menurut laporan yang sama, sejumlah 319 laman sesawang telah disekat membabitkan 1902 kandungan yang melanggar hak cipta dimana merupakan hasil daripada program Cyber Copyright Enforcement (CYCORE). Kegiatan penjualan peranti teknologi penstriman ini sememangnya menyalahi undang-undang malah ditegah di dalam Islam.

Sumber