Sebelum ini, Siti Nordiana bersetuju tarik balik saman fitnah RM2.5 juta dan bersetuju menyelesaikan hal itu secara baik di luar mahkamah.
Akan tetapi, Lan Solo dan Syura dianggap toksik serta dikritik hebat kerana mereka bergelak ketawa bersama dengan isteri Lan dalam satu video sejurus Siti Nordiana menarik saman fitnah ke atas mereka bersama 3 individu lagi.
Baca Juga:
- Post Video Bergelak Ketawa Selepas Elak Saman RM2.5 Juta, Lan Solo & Syura Dilabel Toksik
- Siti Nordiana Maafkan 5 Individu Termasuk Lan Solo Dan Syura, Setuju Tarik Balik Saman Fitnah RM2.5 Juta
Susulan kritikan hebat netizen, Syura dalam satu hantaran di Instagram miliknya menyelar tindakan segelintir pengguna media sosial yang disifatkan melampau dan keterlaluan serta berang ada yang menuduhnya penunggang agama.
“Tolong direct message saya atau saya bawa komen-komen awak ni ke peguam saya, tuduhan penunggang agama ni melampau ya! Saya bagi masa 24 jam untuk awak DM saya.” tulisnya.
Selain itu, Syura juga berasa kesal dengan sikap netizen dan meminta supaya netizen berhenti mengecamnya kerana kes mahkamah sudah diselesaikan dengan cara baik.
Malah, dia berpesan untuk mengambil pengajaran daripada isu yang melanda dirinya supaya menjaga penulisan dan percakapan agar tidak didakwa di mahkamah.