Baru-baru ini, pendakwah rancangan realiti TV, Da’i Syed yang menjalankan live di TikTok sewaktu dia bersolek untuk isterinya, Hana Ismail telah membuat ‘jenaka’ yang dipercayai tidak sensitif berkaitan kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.

Menerima kecaman hebat netizen, Da’i Syed mengaku kekhilafannya dan menolak dakwaan yang mengatakan dia tidak sensitif terhadap isu peperangan tersebut serta menjelaskan perkara sebenar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

https://www.tiktok.com/@itsme_daisyedfans/video/7294463989336050962

“Saya turunkan ego saya dan saya mohon maaf kerana itu mungkin kesalahan saya secara spontan tapi hakikatnya tidak pun. Mungkin orang salah tafsir.

“Saya yakin orang yang tengok ‘live’ penuh saya ketika itu mereka faham, yang post semula dalam 15 ke 10 saat pula orang akan kata ‘dia tak sensitif dengan isu Palestin’.” ujarnya.

Tambahnya, dia tiada niat untuk menghina rakyat Palestin dan dia adalah antara sukarelawan yang sering ke negara-negara bergolak untuk menghantar bantuan kemanusiaan bagi menolong saudara seagama.