Didie Alias sebelum ini memberikan komen pedasnya tentang pemilihan Anna Jobling sebagai juri program lawak.

Didie Alias jelas tidak faham dengan pemilihan Anna Jobling sebagai juri pertandingan lawak.

Ini kerana menurut Didie Alias, masih ramai lagi pelawak senior yang lebih layak daripada Anna Jobling untuk menjadi juri rancangan program tv realiti itu.

Oleh sebab itu Didie Alias jelas kurang setuju ketika melihat pengumuman barisan juri itu program berkenaan di mana ada nama Anna Jobling tersenarai sebagai salah seorang juri.

Dipetik daripada sumber Oh Bulan, Didie Alias percaya pemilihan itu lebih kepada pemasaran dan nilai komersial semata mata.

Didie menulis: “Anna Jobling? Ramai lagi otai yang lain kot. Okay, mungkin untuk komersial ek [agaknya].” Dia turut meletakkan tanda pagar #SimpanAnugerahDalamPetiBesi.

Ramai yang merasakan Didie Alias cemburu dan dengki dengan rezeki orang lain. Namun pelawak dan pelakon veteran itu menafikan dia dengki dengan Anna Jobling.

Cuma terkilan pelawak wanita tidak diberikan peluang untuk bergandingan dengan pelawak senior lelaki sebagai juri. Didie menyatakan dia terpaksa memberanikan diri untuk bersuara kerana mahu suara mereka didengari.

Seolah olah tiada pihak cuba memartabatkan pelawak wanita. Jauh sekali dia dengki dengan Anna Jobling.

Didie berkata: “Saya tak dengki. Tindakan meletakkan Anna Jobling sebagai juri, saya tiada masalah dengannya. Kerana itu itu rating dan nilai komersial.

“Tetapi apa gunanya saya pernah rangkul anugerah Artis Lawak Wanita Paling Popular, pada Anugerah Lawak Warna dianjurkan stesen berkenaan tetapi tak pernah berada di kerusi juri.

“Tak salah rasanya kalau letakkan seorang juri terdiri daripada seorang otai pelawak wanita bergandingan dengan Saiful Apek dan Harith Iskander,” kata beliau kepada mStar.

Didie Alias menyatakan sejak dari dulu program lawak majoritinya akan mengambil juri lelaki berbanding wanita. Sedangkan menurutnya, pelawak pelawak veteran dan senior wanita juga ada banyak ilmu yang mahu dikongsikan.

Beliau menafikan mahu melobi namanya untuk menjadi juri.

“Bukan saya pun, kita ada Raja Azura, Sharifah Shahira, Rosnah Mat Aris, Jihan Muse, Sheila Rusly dan ramai lagi,” tambah beliau kepada portal yang sama.