Semua umat Islam yang mampu wajib mengeluarkan zakat kepada 8 golongan (asnaf) yang berhak menerimanya.
Bagi memudahkan urusan pengurusan dan pengagihan, di Malaysia terdapat banyak badan-badan yang bertanggungjawab memudahkan urusan berkenaan. Antaranya, Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Namun pengagihan zakat bukanlah semudah begitu sahaja, sebaliknya terdapat beberapa syarat perlu dipenuhi, barulah asnaf yang betul-betul layak dapat menerima wang bantuan zakat tersebut.
Time bayar, itu adalah seruan dari Allah SWT.
Part agihan pula amanah yang kami kena pikul. Tak boleh semberono agih pada yang bukan hak nya.
Marah nanti para pengeluar zakat.
*nah 10 jari dengan tapak tangan mendoakan kebaikan buat tuan dan keluarga. https://t.co/idHyfBVV7o
— Zakat Selangor (@zakatselangor) September 17, 2024
Baru-baru ini seorang pengguna X.com telah mengecam dan membuat tohmahan terhadap LZS. Individu tersebut mendakwa LZS sengaja menyukarkan agihan bantuan kepada asnaf dengan membuat penilaian.
“Waktu bayar wajib. Waktu agihan bantuan ke asnaf, nak kena penilaian itu ini. Nah jari ******,” kata individu terbabit.
Tidak melenting, sebaliknya LZS memberikan jawapan balas dengan penuh sopan santun sekali.
Menurut LZS, waktu pembayaran itu adalah satu tuntutan daripada Allah S.W.T. Sementara bahagian agihan pula merupakan satu ‘amanah’ yang pihaknya perlu pikul dengan penuh adil dan saksama.
“Waktu bayar, itu adalah seruan dari Allah S.W.T. Bahagian agihan pula amanah yang kami kena pikul. Tak boleh semberono agih pada yang bukan hak nya. Marah nanti para pengeluar zakat.
“Nah 10 jari dengan tapak tangan mendoakan kebaikan buat tuan dan keluarga,” jawab LZS.
Jawapan tersebut ternyata telah ‘memenangi’ hati warganet. Ramai memuji Lembaga Zakat Selangor mengambil isu yang diketengahkan dengan penuh positif sekali.
Netizen menyamakan situasi itu dengan perumpaan — “Orang baling batu, kita bagi bunga”.
Orang baling batu, admin baling buah.
— Rancak Borak Saham (@boraksaham) September 17, 2024
Wow. Inilah peribahasa ” orang baling batu, lzs balas dengan bunga “. Kami aminkan 🤲🏻
— Hajwanii (@hazwanikamal) September 17, 2024
Terbaik admin. Sebenarnya boleh je abaikan orang bodoh bangang macam tu, tapi admin memilih untuk mendoakan kebaikan utk dia. Syabas admin.
— ℹ ڤق ڠه (@perdanamentari) September 17, 2024
Pada masa sama netizen turut mengajak orang ramai untuk turut mengeluarkan zakat bagi dapat terus membantu warga asnaf yang memerlukan.