Baru-baru ini, Lembaga Zakat Selangor (LZS) kecewa dengan tindakan seorang asnaf meninggalkan rumah sewa dalam keadaan kotor dan rosak.

Menurut sumber, Ketua Divisyen Komunikasi Korporat LZS, Datin Norajun Ainun Mohd Hashim risau sekiranya tindakan menganiaya pemilik rumah sewa ini akan menyebabkan asnaf lain sukar untuk menyewa pada masa hadapan.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam pada itu, Norajun menasihatkan agar kesemua asnaf lain perlu bersikap amanah dan tanggungjawab untuk membersihkan atau menjaga rumah seperti harta sendiri.

Bahkan, beliau mencadangkan supaya pemilik rumah sewa terlibat membuat aduan rasmi kepada LZS bagi menghentikan bantuan sewa rumah tersebut memandangkan penyewa tidak lagi menetap di situ.

Susulan foto yang tular di akaun Facebook mengenai keadaan rumah tersebut, rata-rata netizen mengecam tindakan seorang asnaf yang tidak bertanggungjwab itu. Tambah netizen lagi, tindakannya itu sedikit sebanyak telah memberi imej tidak baik kepada asnaf yang lain.

Sementara itu, Norajun mengatakan lebih 16,000 keluarga asnaf fakir, miskin dan mualaf di Selangor menerima bantuan sewa rumah daripada LZS.

Bukan itu sahaja, beliau berkata, bantuan akan diberikan kepada pemilik rumah sewa secara bulanan yang disalurkan terus ke akaun pemilik rumah sewa di negeri ini.