Di saat media sosial kecoh mengenai pengumuman yang dibuat seorang individu terkenal, Alif Teega mengenai perkahwinannya yang kedua, tular pula pendedahan daripada adik Aisyah Hijanah mengenai ‘perangai sebenar’ Alif Teega.

Menerusi perkongsian di Instagram, adik lelaki Aisyah memaklumkan beliau sememangnya tidak berbangga dengan sikap abang iparnya.

Baca Juga:

Lebih mengejutkan, beliau memaklumkan mereka sekeluarga menjadi saksi setiap perlakuan yang dilakukan Alif terhadap Asiyah termasuk memukul isteri sewaktu mengandung.

Adik lelaki Aisyah ini turut mengatakan terdapat bukti yang mahu dihapuskan Alif menerusi rakaman dashcam dalam kereta namun tidak mendedahkannya dengan lebih lanjut. Malah, beliau turut melabelkan Alif sebagai lelaki dayus.

Pendedahan yang dibuat nyata mengejutkan pelbagai pihak khususnya para netizen yang sering melibat sisi baik dan sweet pasangan ini serta tidak menyangka situasi seperti ini akan berlaku. Berikut merupakan respon netizen terhadap situasi yang berlaku.

Menerusi perkongsian, para netizen rata-ratanya bersetuju rata-rata yang ditunjukkan di media sosial semuanya yang manis-manis sahaja manakala di sebaliknya mungkin tidak diketahui ramai.

Selain itu, ramai netizen yang bersimpati dengan nasib Aisyah yang bukan sahaja dimadukan malah dipukul sewaktu tengah mengandung yang mungkin memberi kesan fizikal dan mental Aisyah. Didoakan semoga urusan pasangan ini dipermudah.