Kecoh sejak beberapa hari ini di media sosial apabila seorang pelabur hartanah mendakwa rumah yang didakwa dibeli Isa Isarb dengan harga RM9.7 juta itu hanyalah sekadar sewa.

Isu menjadi lebih panas apabila YouTuber Isa Isarb tampil membuat penjelasan serta turut melabel pelabur hartanah yang dikenali sebagai Ishaq Marazi di Facebook ini sebagai pemfitnah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dilabel dengan dakwaan yang keras, saudara Ishaq Marazi tampil dengan perkongsian terbaru dalam memaklumkan situasi yang melibatkan Isa Isarb.

Sekadar perkongsian, beliau merupakan pelabur hartanah sejak dari tahun 2015. Beliau merupakan seorang graduan negara luar dalam bidang kedoktoran seterusnya beralih menjadi pelabur hartanah.

Menurutnya, agak pelik apabila YouTuber yang sememangnya mencari konten tidak membuat konten survey rumah atau menandatangani surat perjanjian pembelian rumah kerana hal ini bakal menarik jumlah penonton yang ramai. Lebih-lebih lagi rumah dengan harga mencecah RM10 juta.

Hal ini dapat disaksikan apabila Isa Isarb sebelum ini dengan jelas menunjukkan beliau membeli kereta beserta menandatangani dokumen sebagai bukti membeli kereta tersebut.

“Beli kereta tak sampai sejuta ada pulak buat content pergi kedai kereta,pergi signing dapat kunci ikat reben.padahal kereta tak semahal rumah.

Melainkan rumah tu rumah sewa. Tiba tiba konten sudah dalam rumah. Tiada konten proses pembelian rumah. Takkan nak buat konten cari rumah sewa pulak nanti kena kutuk dengan follower.” ulas beliau.

Selain itu, beliau turut mengingatkan kepada orang ramai sebelum ini terdapat seorang influencer yang mendedahkan seorang sudah memiliki rumah yang besar namun kantoi sekadar sewa kerana didapati menandatangani perjanjian dengan ejen hartanah dan bukannya peguam.

Menurut Ishaq, beliau sudah membuat carian mengenai rumah yang didiami Isa dan sudah dipastikan beliau bukanlah pemilik rumah tersebut pada ketika ini.

Sekiranya benar Isa sudah membeli berkenaan, sudah pasti terdapat rekod yang menunjukkan proses pembelian atau pembiayaan rumah sedang berlangsung.

Ishaq turut memaklumkan akan membuat permohonan maaf secara terbuka sekiranya beliau tersilap dengan mendakwa Isa tidak membeli rumah berkenaan.

“Kalau sewa dulu baru beli atau sambung bayar atau apa apa lah mesti ada document hitam putih. Nanti lawyer abam akan verified. Abam dah request some document daripada pihak sana kalo betul dia sambung bayar bersewa abam buat mohon maaf secara terbuka.” tambah Ishaq.

Nasihat buat Isa Isarb

Ishaq Marazi menerusi perkongsian turut menitipkan nasihat buat Isa Isarb yang seolah menunjukkan kekayaan melebihi apa yang dimiliki di mana perlakuan beliau mungkin memberi kesan kepada anak muda di luar sana.

Anak-anak muda mungkin berpendapat menjadi YouTuber adalah jauh lebih kaya berbanding menjadi golongan berpendidikan seperti doktor dan sebagainya sedang perkara tersebut hanyalah palsu semata-mata.

Selain itu, beliau memesan agar tidak lagi membuat konten yang memperlihatkan lelaki dan wanita bukan mahram duduk serumah agar tidak menjadi contoh kepada generasi akan datang.

Difahamkan nasihat yang dititipkan dibuat kerana risau semakin ramai kaum Melayu yang banyak membuang masa dengan hiburan berbanding kaum-kaum lain.