Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok @dhacaayani79 telah berkongsi sebuah video dirinya membalas komen netizen sambil menunjukkan bagaimana produk-produknya dibuat.
Komen yang diterimanya mengandungi kecaman dimana dia dilabel sebagai pengkhianat kerana berkongsi resipi dan menjual produk tradisional bangsanya kepada orang Melayu.
Baca Juga:
- Pernah Terkenal Masa PKP, Netizen Tertanya-Tanya Kemana Sugu Pavithra Menghilang?
- Video Ini Tunjuk Perbezaan Layanan ‘Double Standard’ Antara Mat Saleh Dan Mat Nepal Oleh Rakyat Malaysia
- Bukan ‘Racist’ Dan Tiada Niat Hina Pemain Badminton Negara, Lelaki Ini Minta Maaf Secara Terbuka
@dhacaayani79 Replying to @Mr.Black Tukar Mindset Kita Semua Satu Malaysia 💜🥰 #poolangkilangusoap #poolangkilangumask
Walaupun menerima kecaman seperti itu tetapi dia tidak melatah dan mengatakan semua agama mengajar benda yang sama iaitu tidak kedekut untuk berkongsi perkara yang dapat memberi manfaat antara satu sama lain.
Tambahnya, dia juga berpesan agar supaya semua orang saling menghormati antara satu sama lain meskipun berbeza agama.
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa pelik kerana masih ada yang berfikiran seperti itu serta menyokong perniagaan wanita itu.
Bukan itu sahaja, para netizen juga memuji produk wanita tersebut yang berkesan dan membantu mereka menyelesaikan masalah kulit.
Malah, ada juga netizen mengatakan hal ini pernah terjadi kepada YouTuber Sugu Pavithra apabila dia berkongsi resipi masakan India.