Rata-rata peminat drama ‘Rindu Kasih’ amat berpuas hati dengan pengakhiran drama 15 episod itu, yang melibatkan pelakon yang mantap serta berpengalaman dalam dunia lakonan.

Pelakon utama dalam drama itu bernama Ina, watak yang dimainkan oleh Ummi Nazeera mencuri perhatian netizen apabila satu hantaran video di sebalik tabir tersebar yang kelihatan Ummi sedang memandikan ‘jenazah halimunan’.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang individu di aplikasi TikTok berkenaan, Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin kelihatan sedang memandikan jenazah ibunya dalam berpakaian banduan dengan tangannya digari bersama seorang anggota polis.

@ajuahmad_

Episode Akhir Rindu Kasih #behindthescenes ina mandikan sape tueww 🤭🫣👻 #rindukasih #dramarindukasih #tv3malaysia #slotsamarindatv3 #pndpictures #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ゚viral #fypシ #DramaRinduKasih #fyp @Nazeera Ummi @Ezzaty Abdullah

♬ Kali Terakhir Kulihat Wajahmu – Uji Rashid

Kebanyakkan netizen kagum dengan watak dilakonkan oleh Ummi. Bahkan, Ummi mampu menjayakan adegan yang hebat iaitu memandikan jasad dengan hanya menggunakan bayangannya sendiri tanpa mayat sebenar di hadapannya.

Bagaimanapun, babak itu dipuji oleh netizen kerana produksi bijak menggunakan teknik kamera seperti ada mayat yang sebenar.

Menjengah ke ruangan komen, Ummi Nazeera menerima pujian dan maklum balas yang positif tentang wataknya dalam drama tersebut. Netizen amat menyukai wataknya yang ‘real’ itu dan Ummi sepatutnya layak diberikan anugerah.

Segelintir netizen turut mengatakan babak itu adalah ‘scam’ kerana mereka mempercayai babak itu benar dan menangis. Bukan itu sahaja, babak itu kelihatan lawak kerana menggunakan ‘jenazah halimunan’.