Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun disyaki menjadi mangsa dera dua wanita, termasuk seorang dipercayai ibu kandungnya.

Kejadian menimpa mangsa terbongkar selepas jiran di kawasan perumahannya, dipercayai sekitar Bandar Layangkasa dekat Pasir Gudang di sini, menyerbu rumah diduduki dua beranak itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Memetik kenyataan rasmi Polis Johor, ibu kanak-kanak berkenaan adalah ibu tunggal berusia 27 tahun, manakala seorang lagi wanita ialah temannya warga negara asing yang berperwatakan seperti lelaki atau ‘pengkid’ berusia 30 tahun.

Terdahulu, video dikongsikan Twitter @cikgusuraya_ch menunjukkan insiden orang awam menyerbu rumah berkenaan bagi menyelamatkan mangsa tular di media sosial. Rakaman video berkenaan turut memaparkan kecederaan agak teruk pada belakang badan kanak-kanak terbabit.

Memetik Berita Harian, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dibuat orang awam malam kelmarin.

“Ibu kandung dan teman perempuannya ditahan, manakala mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk rawatan,” katanya memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001.

Jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun, atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya.