Penyerang import Selangor, Ronnie Fernández menjadi sasaran kritikan peminat selepas menampilkan prestasi yang kurang memberangsangkan dalam saingan Liga Malaysia musim ini.
Pemain kelahiran Chile itu hanya mampu menjaringkan dua gol dalam enam perlawanan yang dihadapi oleh skuad Gergasi Merah setakat ini sekaligus membangkitkan kritikan dari peminat.
Baca Juga:
- Katsuhito Kinoshi Terapkan Mentaliti ‘Never Give Up’ Kepada Pemain Selangor
- Selangor Lantik Pembantu Jurulatih Baharu Dari Jepun
- Fitri Maskon Pengadil Pertama Dipecat FAM
Kinoshi Percaya Ronnie Fernández
Selepas perlawanan akhir pertama Piala Cabaran 2024/2025 menentang PDRM minggu lalu, pengendali pasukan iaitu Katsuhito Kinoshi ditanya sama ada beliau masih yakin dengan kemapuan bekas rakan sepasukan Alexis Sanchez itu.

“Saya percaya dengan semua pemain saya. Saya tak pernah meragui mereka. Kalau seorang jurulatih tidak mempercayai seseorang dalam pasukan, maka itu bukan perkara yang bagus.
“Saya yakin dengan semua yang bekerja untuk kelab ini,” kata Kinoshi.
Masa Depan Ronnie Fernández Jadi Tanda Tanya
Menuju penghujung saingan musim ini, masa depan pemain berusia 34 tahun itu masih menjadi tanda tanya sama ada beliau akan dikekalkan ataupun digantikan dengan pemain import lain musim hadapan.
Besar jurang perbezaan sekiranya membandingkan prestasi Ronnie dengan penyerang import Selangor musim lalu iaitu Ayron Del Valle yang berjaya muncul sebagai penjaring terbanyak Liga Super musim 2023.

Ayron menjaringkan 23 gol dalam saingan liga dimana beliau mengatasi dua penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Bergson (21 gol) dan Fernando Forestieri (19 gol).
Setakat ini, Ronnie hanya mampu menjaringkan 10 gol dalam saingan Liga Super dimana beliau mempunyai catatan sama dengan penyerang Penang iaitu Rodrigo Dias dan ketua pasukan Perak, Luciano Guaycochea.
Selepas ini, Selangor akan turun pada perlawanan akhir kedua Piala Cabaran bertemu PDRM di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) dimana mereka membawa bekalan tipis selepas mencatat kemenangan 3-2 pada aksi pertama.