Baru-baru ini perkongsian pelakon Uqasha Senrose menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambar bersama Ustaz Azhar Idrus di Instagram.

Namun, ada segelintir individu sepertinya kurang senang dan mendakwa Uqasha tidak menjaga batas kerana bergambar terlalu rapat dengan pendakwah terkemuka itu.

Baca Juga:

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Uqasha memuat naik gambarnya bersama UAI dalam satu program ceramah dan menyatakan kesyukurannya kerana dapat berjumpa dengan pendakwah tersebut.

Tidak hanya mendiamkan diri, Uqasha dilihat menjawab dakwaan netizen itu dengan mengatakan sudut gambar yang diambil membuatkan mereka kelihatan rapat sedangkan ia tidak seperti yang disangka.

“Orang kanan kiri tolak-tolak, jadilah tak balance kami berdua. Tak perlu mulut memandai kalau tak ada dekat tempat tu. Angle dan sisi awak tengok tu, nampak macam tu. Saya tahu batas saya ya,” tulis Uqasha.

Sementara itu, suaminya iaitu Kamal Adli turut dilihat mempertahankan isterinya dengan meminta netizen bersabar serta memberitahu dia akan menegur Uqasha jika melakukan kesalahan.

“Sabar yang lain.. kalau rapat sangat, saya yang tegur siap-siap dah.. itu camera angle saja.

“Jangan mudah nak menaip tu ya.. kalau rapat sangat pun lari dah ustaz tu. Sudahlah, cukuplah korang. Apa pun, ustaz terbaik. Insya-Allah,” tulisnya.

Dalam pada itu, Uqasha turut memuat naik hantaran lain daripada sudut berbeza yang menampakkan perbezaan jarak antaranya dan Ustaz Azhar serta tidak mahu orang lain terus berkata buruk mengenai dirinya.