Yuga Labs merupakan pencipta NFT kartun monyet terkenal yang dikenali sebagai Bored Ape Yacht Club (BAYC). Untuk menawarkan sesuatu aset digital, ia bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang disangka ramai.

Yuga Labs kini disiasat oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (SEC) dalam menentukan sama ada NFT BAYC serta token ApeCoin adalah sekuriti tidak berdaftar.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Techtoday

Difahamkan Yuga Labs selidik susulan dituduh melanggar undang-undang persekutuan dalam mengeluarkan NFT dan bagaimana proses pengedaran token ApeCoin berasaskan Ethereum (ETH) dibuat. Hal ini kerana pengasas BAYC dilihat mengaut banyak manfaat sebaik mewujudkan token tersebut.

ApeCoin dilancarkan oleh Yuga Labs yang merangkumi pembina web3 terkemuka seperti pengasas Reddit, Alexis Ohanian dan ketua FTX Ventures, Amy Wu. Kini harga ApeCoin jatuh teruk sebanyak 9% dalam tempoh 24 jam selepas itu diterbitkan.

Bagaimanapun, Yuga Labs menegaskan syarikatnya akan berkerjasama dengan industri dan pengawal selia dalam mengembangkan ekosistem sementara pihak penyelia cuba berusaha mendalami dunia Web3.

Secara keseluruhannya, BAYC berjaya mewujudkan 10,000 koleksi NFT yang mana kini berjaya mengaut keuntungan sehingga $319 juta (~RM1.4 bilion). Ketika ini, pihak Yuga Labs bakal memberikan kerjasama sebaik mungkin agar perkara ini tidak berlarutan lagi.