Rodrigo Bentancur dihukum 7 perlawanan domestik dan denda £100 ribu kerana kelakuan rasis ke atas Son Heung Min.
Menurut FA England pemain itu melanggar peraturan E3 berkaitan dengan sidang media.
Pemain itu dituduh menggunakan kata kata penghinaan, ejekan dan berkelakukan tidak sepatutnya.
Apa yang dikatakan Bentancur?
Dalam satu wawancara dengan wartawan di Uruguay, di mana wartawan itu bertanya sama ada dia boleh mendapatkan jersi Korea Selatan milik Son Heung Min dengan bantuan Bentancur.
Bentancur menjawab: “Jersi Sonny? Atau jersi sepupu Sonny. Sebab mereka semua muka sama je saya tengok, atau hampir sama.”
When the interviewer asked if he could have Son’s jersey, Bentancur replied
“it could be Sonny's cousin too as they all look the same”😬
pic.twitter.com/SMBiyfn4Fq https://t.co/zDhSY3yKUz
— The 44 ⚽️ (@The_Forty_Four) November 13, 2024
FA England kemudian menyiasat insiden itu dan Bentancur dikatakan telah bersikap rasis.
Pemain itu meminta maaf kepada Son Heung Min dan mengakui dia membuat lawak yang melampau.
“Saudaraku Sonny, saya minta maaf atas apa yang berlaku. Ianya cuma satu gurauan kasar. Sendiri tahu yang saya sayangkan kamu dan tak akan pernah sesekali nak menghina kamu atau sesiappa sahaja.
“Saya sayangkan kamu saudaraku Son Heung Min.”
Son Heung Min kemudian menyatakan bahawa dia sudah menerima permohonan maaf daripada pemain itu secara peribadi dan bersemuka dan sudah melupakan perkara itu.
Following a comment from Rodrigo Bentancur in an interview video clip and the player’s subsequent public apology, the Club has been providing assistance in ensuring a positive outcome on the matter. This will include further education for all players in line with our diversity,… pic.twitter.com/HOkdu50n9p
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) June 20, 2024
Namun FA England menganggap apa yang berlaku tetap harus dikenakan tindakan.
Bentancur mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan ke atasnya. Kerana dia memang tak pernah terfikir mahu bersikap rasis.
An independent Regulatory Commission has imposed a seven-match suspension and £100,000 fine on Rodrigo Bentancur for a breach of FA Rule E3 in relation to a media interview.
Full statement: https://t.co/dr5Jw7Fwhq pic.twitter.com/yhJ2mhOPtC
— FA Spokesperson (@FAspokesperson) November 18, 2024
Tindakan FA England ini membuatkan peminat Spurs bengang dan bertanya: “Bagaimana pula dengan Enzo Fernandez?”
Mereka merujuk kepada video yang dimuatnaik Enzo selepas menjuarai Copa America. Di mana pemain pemain Argentina mengejek pasukan Perancis yang sarat dengan pemain yang dianggap pendatang dari Afrika.
Lagu keraian tersebut dianggap rasis.
Ini memberikan tamparan hebat kepada Spurs yang akan berdepan jadual padat selepas ini.
Rodrigo Bentancur will miss matches against Man City, Chelsea, Man United and Liverpool after being given a seven-game ban ⚪🚨 pic.twitter.com/c43WHt6yLC
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) November 18, 2024