Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) dalam satu kenyataan di media british mengesahkan kapten pasukan, Son Heung-Min cedera di jarinya kerana bergaduh dengan rakan sepasukan sebelum aksi separuh akhir Piala Asia 2023 minggu lepas.
Insiden itu berlaku ketika makan malam sebelum perlawanan menentang Jordan, yang menyaksikan Korea Selatan gagal ke final selepas tewas 2-0.
Baca Juga:
- Faisal Halim Dedah Perbualan Sebenar Dengan Son Heung-Min
- Peminat Korea Selatan Cadang Arif Aiman Beraksi Di Liga UAE
- Seri Dengan Malaysia, Penyokong Korea Mahu Jurgen Klinsmann Dipecat
Menurut laporan Yonhap News, terdapat konflik berlaku antara Son Heung-Min dengan bintang Paris Saint Germain, Lee Kang In apabila kedua-dua pemain itu terlibat dalam pergaduhan kecil.
.@YonhapNews reported the conflict between Son Heung-min and Lee Kang-in in more detail.
1. The national team players usually have dinner together the day before the game to strengthen unity. However, the day before the Jordan match, young players including Lee Kang-in, Seol… pic.twitter.com/elvy7DSo3J
— Korea Football News (@KORFootballNews) February 14, 2024
Difahamkan, beberapa pemain skuad Korea Selatan termasuk Lee Kang-In tergesa-gesa menghabiskan makanan mereka kerana mahu bermain pingpong.
Bagaimanapun kapten pasukan, Heung-min tidak berpuas hati dengan tindakan mereka membuat bising sehingga menganggu pemain lain sedang makan.
Bintang Tottenham Hotspurs itu cuba nasihatkan mereka tetapi tidak diendahkan. Malah, Heung-min naik angin dan bertindak memegang collar baju Lee Kang-in yang sempat menghayun penumbuknya.
Namun, Heung-min berjaya mengelak penumbuk Lee, tetapi jarinya terseliuh manakala pemain lain cuba menghalang kedua-dua pemain itu.
Beberapa pemain senior termasuk Heung-min turut meminta ketua jurulatih, Jurgen Klinsmann tidak menyenaraikan nama Lee Kang-In untuk aksi menentang Jordan kerana telah rosakkan keharmonian pasukan.
Bagaimanapun, Klinsmann tidak terima alasan itu dan tetap turunkan Lee Kang-In dalam kesebelasan utama yang menyaksikan mereka mengalami kekalahan 0-2.
Pendedahan itu turut mengejutkan peminat bola sepak Asia di media sosial dan mengundang pelbagai kritikan dalam kalangan penyokong Korea Selatan.
Mereka mendesak agar Jurgen Klinsmann dipecat segera kerana gagal mengawal pemain dalam pasukan.