Dua pemain bintang Korea Selatan, Son Heung-min dan Lee Kang-in berdepan hukuman penggantungan dari skuad kebangsaan selepas bergaduh ketika temasya Piala Asia 2023 di Qatar baru-baru ini.

Berikutan kekalahan mengecewakan Korea Selatan pada separuh akhir Piala Asia di tangan Jordan, berita mengenai pergaduhan ketika makan malam sebelum perlawanan antara Son Heung-min dan Lee Kang-in tersebar luas di laman media sosial. Pemain Tottenham Hotspurs itu dilaporkan mengalami luka di jarinya semasa pergaduhan itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ekoran gagal memenangi temasya tersebut, Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) kemudiannya mengambil keputusan untuk memecat ketua jurulatih pasukan, Jurgen Klinsmann.

Son Heung-min
Sumber Gambar: Sportkeeda

Menurut media Korea Selatan, Chung Mong-gyu selaku presiden Korea FA menyatakan bahawa satu-satunya tindakan disiplin yang boleh diambil terhadap Heung-min dan Kang-in adalah tidak dipanggil bagi menyertai pasukan kebangsaan. Ini akan dibincangkan dengan lebih terperinci dengan pengganti Klinsmann.

Dalam masa yang sama, Heung-min memberikan bayangan beliau akan bersara dari peringkat antarabangsa selepas gagal membantu negaranya memenangi Piala Asia.

Pergaduhan berpunca dari beberapa pemain skuad Korea Selatan termasuk Lee Kang-In tergesa-gesa menghabiskan makanan mereka kerana mahu bermain pingpong.

Bagaimanapun, selaku kapten pasukan, Heung-min tidak berpuas hati dengan tindakan mereka membuat bising sehingga menganggu pemain lain sedang makan.

Bintang Tottenham itu cuba nasihatkan mereka tetapi tidak diendahkan. Malah, Heung-min naik angin dan bertindak memegang collar baju Kang-in yang sempat menghayun penumbuknya.

Namun, Heung-min berjaya mengelak penumbuk Lee, tetapi jarinya terseliuh manakala pemain lain cuba menghalang kedua-dua pemain itu.

Jurgen Klinsmann menyalahkan pemain selepas pasukan itu gagal dalam usaha mereka memenangi temasya Piala Asia 2023.

Menurut perkongsian wartawan tempatan, Klinsmann menyalahkan pemainnya yang tidak harmoni sebelum aksi separuh akhir menentang Jordan yang mana perlawanan tersebut menyaksikan pasukan itu tewas dengan keputusan 2-0.

“Klinsmann menyalahkan pemain yang tidak harmoni selepas tewas kepada Jordan, bukannya tidak bersedia dari segi taktikal.

“Menurut Pengarah Teknikal Korea FA (KFA), Hwangbo Kwan menegaskan Klinsmann menafikan ada kekurangan dari segi teknikal,” kata Jeeho Yoo.