Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) mengambil keputusan untuk memecat ketua jurulatih pasukan, Jurgen Klinsmann selepas gagal di temasya Piala Asia 2023 Qatar.
Perkara ini diumumkan oleh Presiden KFA, Chung Mong-gyu dimana beliau menyatakan sebab utama mengapa keputusam itu diambil adalah kerana Klinsman gagal untuk memenuhi sasaran yang diletakkan sebelum pasukan beraksi di Piala Asia.
Baca Juga:
- Jürgen Klinsmann Salahkan Pemain Selepas Gagal Di Piala Asia 2023
- Tewas Kepada Jordan, Jurgen Klinsmann Enggan Letak Jawatan
- Jürgen Klinsmann Beri Sebab Mengapa Beliau Senyum Ketika Aksi Menentang Malaysia
In his first public presser in years, KFA president Chung Mong-gyu announces with his head down to read a prepared statement throughout the whole time to announce the dismissal of Jurgen Klinsmann as Korea manager, saying “he couldn’t do what we expected from a Korea manager.” https://t.co/tJQKN2IIcc pic.twitter.com/LhpHKY1hn0
— Steve Han • 한만성 (@realstevescores) February 16, 2024
Menerusi laman media sosial miliknya, pengendali dari Jerman itu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan terhadapnya sepanjang bergelar ketua jurulatih.
Sebelum ini, Jurgen Klinsmann menyalahkan pemain selepas pasukan itu gagal dalam usaha mereka memenangi temasya Piala Asia 2023.
Menurut perkongsian wartawan tempatan, Klinsmann menyalahkan pemainnya yang tidak harmoni sebelum aksi separuh akhir menentang Jordan yang mana perlawanan tersebut menyaksikan pasukan itu tewas dengan keputusan 2-0.
Jurgen Klinsmann blamed the loss to Jordan at the #AsianCup on disharmony among players, not any lack of tactical preparation.
In fact, according to KFA technical director Hwangbo Kwan, Klinsmann "didn't acknowledge" any lack of tactical prep on his part.— Jeeho Yoo (@Jeeho_1) February 15, 2024
“Klinsmann menyalahkan pemain yang tidak harmoni selepas tewas kepada Jordan, bukannya tidak bersedia dari segi taktikal.
“Menurut Pengarah Teknikal Korea FA (KFA), Hwangbo Kwan menegaskan Klinsmann menafikan ada kekurangan dari segi teknikal,” kata Jeeho Yoo.
Sebelum ini, KFA dalam satu kenyataan di media british mengesahkan kapten pasukan, Son Heung-Min cedera di jarinya kerana bergaduh dengan rakan sepasukan sebelum aksi separuh akhir.
Menurut laporan Korean Football News, terdapat konflik berlaku antara Son Heung-Min dengan bintang Paris Saint-Germain (PSG), Lee Kang In apabila kedua-dua pemain itu terlibat dalam pergaduhan kecil.
Difahamkan, beberapa pemain skuad Korea Selatan termasuk Kang-In tergesa-gesa menghabiskan makanan mereka kerana mahu bermain pingpong.
Bagaimanapun, Heung-min selaku ketua pasukan tidak berpuas hati dengan tindakan mereka membuat bising sehingga menganggu pemain lain sedang makan.
Bintang Tottenham Hotspurs itu cuba nasihatkan mereka tetapi tidak diendahkan. Malah, Heung-min naik angin dan bertindak memegang collar baju Kang-in yang sempat menghayun penumbuknya.
Namun, Heung-min berjaya mengelak penumbuk Lee, tetapi jarinya terseliuh manakala pemain lain cuba menghalang kedua-dua pemain itu.
Pendedahan itu turut mengejutkan peminat bola sepak Asia di media sosial dan mengundang pelbagai kritikan dalam kalangan penyokong Korea Selatan.