Pengendali skuad kebangsaan Korea Selatan, Jurgen Klinsmann menyalahkan pemain selepas pasukan itu gagal dalam usaha mereka memenangi temasya Piala Asia 2023 di Qatar baru-baru ini.
Menurut perkongsian wartawan tempatan, Klinsmann menyalahkan pemainnya yang tidak harmoni sebelum aksi separuh akhir menentang Jordan yang mana perlawanan tersebut menyaksikan pasukan itu tewas dengan keputusan 2-0.
Baca Juga:
- Tewas Kepada Jordan, Jurgen Klinsmann Enggan Letak Jawatan
- Jürgen Klinsmann Beri Sebab Mengapa Beliau Senyum Ketika Aksi Menentang Malaysia
- Jurgen Klinsmann Berang Pengadil Beri Penalti Kepada Malaysia
Jurgen Klinsmann blamed the loss to Jordan at the #AsianCup on disharmony among players, not any lack of tactical preparation.
In fact, according to KFA technical director Hwangbo Kwan, Klinsmann "didn't acknowledge" any lack of tactical prep on his part.— Jeeho Yoo (@Jeeho_1) February 15, 2024
“Klinsmann menyalahkan pemain yang tidak harmoni selepas tewas kepada Jordan, bukannya tidak bersedia dari segi taktikal.
“Menurut Pengarah Teknikal Korea FA (KFA), Hwangbo Kwan menegaskan Klinsmann menafikan ada kekurangan dari segi teknikal,” kata Jeeho Yoo.
Sebelum ini, KFA dalam satu kenyataan di media british mengesahkan kapten pasukan, Son Heung-Min cedera di jarinya kerana bergaduh dengan rakan sepasukan sebelum aksi separuh akhir.
Menurut laporan Korean Football News, terdapat konflik berlaku antara Son Heung-Min dengan bintang Paris Saint-Germain (PSG), Lee Kang In apabila kedua-dua pemain itu terlibat dalam pergaduhan kecil.
Difahamkan, beberapa pemain skuad Korea Selatan termasuk Kang-In tergesa-gesa menghabiskan makanan mereka kerana mahu bermain pingpong.
Bagaimanapun, Heung-min selaku ketua pasukan tidak berpuas hati dengan tindakan mereka membuat bising sehingga menganggu pemain lain sedang makan.
Bintang Tottenham Hotspurs itu cuba nasihatkan mereka tetapi tidak diendahkan. Malah, Heung-min naik angin dan bertindak memegang collar baju Kang-in yang sempat menghayun penumbuknya.
Namun, Heung-min berjaya mengelak penumbuk Lee, tetapi jarinya terseliuh manakala pemain lain cuba menghalang kedua-dua pemain itu.
Pendedahan itu turut mengejutkan peminat bola sepak Asia di media sosial dan mengundang pelbagai kritikan dalam kalangan penyokong Korea Selatan.
Mereka mendesak agar Jurgen Klinsmann dipecat segera kerana gagal mengawal pemain dalam pasukan sekaligus menyebabkan pasukan itu gagal untuk muncul sebagai juara Piala Asia.