Selepas DJ Tyzo tidak lagi disambungkan kontrak bersama Suria FM, rata-rata menantikan siapakah barisan DJ radio terbaru yang bakal menghiasi Suria FM.

Menerusi TikTok Live Suria FM, pihak mereka telah mengumumkan seramai lapan DJ yang bakal menghiasi Suria FM bagi tahun 2024.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi pengumuman yang baru sahaja dibuat, DJ Lin yang merupakan penyampai radio veteran dan juga general manager Suria FM kekal di radio ini. Selain itu, Cik Piah dan Kak Rara turut dikekalkan.

Chiwan yang sebelum ini hadir sebagai penyampai radio sementara berjaya mengekalkan tempatnya untuk digandingkan bersama Kak Rara dalam segmen Suria Petang.

Bagi segmen Morning-Morning Suria pula turut menyaksikan empat orang DJ ke udara iaitu Ajak, Suraya, Khai dan juga Dato’ Fizz Fairuz.

Nama yang mengejutkan ramai sudah tentunya Dato’ Fizz Fairuz yang sebelum ini lebih popular sebagai pelakon. Barisan DJ ini dilihat sebagai langkah strategik Suria FM dalam menarik lebih ramai pendengar mendengar radio ini.