Djed Spence muncul sebagai pemain beragama Islam pertama yang beraksi buat skuad senior kebangsaan England.

Spence menggantikan pemain Chelsea, Reece James pada minit ke-69 dalam kemenangan England 5-0 ke atas Serbia dalam kelayakan Piala Dunia.

Baca Juga:

Detik Bersejarah Djed Spence

“Ini detik bermakna untuk umat Islam di Britain,” kata pengasas Nujum Sports, Ebadur Rahman, sebuah organisasi yang menyokong lebih 400 atlet Muslim.

Djed Spence
(Photo by Oli SCARFF / AFP) / NOT FOR MARKETING OR ADVERTISING USE / RESTRICTED TO EDITORIAL USE

“Djed memikul tanggungjawab besar. Bukan sahaja bermain untuk England, tetapi juga untuk umat Islam di seluruh dunia kerana kini dia menjadi ikutan yang memecahkan tembok,” katanya lagi.

Penampilan sulung Djed Spence bersama England adalah detik bersejarah bagi umat Islam di Britain yang masih kurang diwakili dalam bola sepak profesional negara itu.

Djed Spence
(Photo by Ben STANSALL / AFP) / NOT FOR MARKETING OR ADVERTISING USE / RESTRICTED TO EDITORIAL USE

“Kita tidak melihat ramai pemain Muslim berjaya menembusi peringkat tertinggi,” kata bekas pengerusi lembaga penasihat kesaksamaan kaum Persatuan Bolasepak England (FA), Yunus Lunat, kepada BBC.

“Pemain Muslim tidak mendapat peluang mencukupi atau yang boleh dijadikan ikutan oleh generasi muda yang bercita-cita tinggi.

“Bukan sesuatu yang baik apabila ia mengambil masa sehingga tahun 2025 untuk seorang Muslim akhirnya bermain bersama England,” katanya lagi.

Djed Spence
(Photo by Ian Kington / AFP)

Spence, yang dilahirkan di London, memulakan karier profesionalnya bersama Middlesbrough sebelum menyertai Tottenham pada 2022.