Kumpulan Pop Malaysia, Dolla tidak lagi perlu diperkenalkan kerana boleh dikatakan semua rakyat Malaysia mengenali mereka dan mereka sering terlibat dengan kontroversi.

Sekali lagi kumpulan yang dianggotai 4 orang itu mencetuskan kontroversi apabila tampil dengan skirt pendek paras paha ketika persembahan di pelancaran album pertama mereka New Classic.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menjengah ke ruangan komen di sebuah laman portal hiburan, rata-rata netizen mengecam pakaian yang digayakan kumpulan Dolla sambil menyifatkan mereka tidak sensitif dengan isu yang menimpa rakyat di Palestin.

Bukan itu sahaja, para netizen turut berpendapat pakaian yang digunakan penghibur dari luar negara ketika melakukan persembahan di Malaysia jauh lebih sopan berbanding Dolla.

Selain itu, rata-rata netizen juga mempersoalkan adakah Malaysia tak mempunyai garis panduan yang perlu diikuti para artis sehingga mereka boleh berpakaian mencolok mata.