Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump merajuk dan mengugut untuk mengenakan sekatan perdagangan penuh terhadap Sepanyol.
Ini selepas negara itu enggan membenarkan tentera AS menggunakan pangkalan militari mereka bagi misi yang berkait dengan serangan ke atas Iran.
Menurut laporan Reuters, Trump menyuarakan kemarahan tersebut ketika pertemuan dengan Canselor Jerman, Friedrich Merz, di Washington.
“Sepanyol sangat teruk. Kita akan hentikan semua perdagangan dengan Sepanyol. Kita tidak mahu ada apa-apa urusan dengan mereka,” kata Trump kepada wartawan.

Ugutan itu muncul selepas kerajaan Sepanyol yang dipimpin Perdana Menteri Pedro Sanchez menolak permintaan AS untuk menggunakan pangkalan tentera di selatan Sepanyol bagi operasi berkaitan serangan ke atas Iran.
AS Terpaksa Alihkan Pesawat Tentera
Susulan keputusan tersebut, tentera AS dilaporkan memindahkan kira-kira 15 pesawat, termasuk pesawat pengisi minyak udara, dari pangkalan di Sepanyol.
Pangkalan yang terlibat adalah Naval Station Rota dan Moon Air Base.
Kedua-dua pangkalan ini merupakan lokasi penting bagi operasi tentera Amerika di Eropah dan Timur Tengah.
Trump Mahu Sekatan Perdagangan Penuh
Trump turut memberitahu bahawa beliau telah mengarahkan Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent, supaya mempertimbangkan langkah “memutuskan semua urusan perdagangan” dengan Sepanyol.
Trump: Spain has been terrible. I told Scott to cut off all dealings with Spain…Spain actually said that we can't use their bases. That's all right. We could use their base if we want. We could just fly in & use it. Nobody's going to tell us not to use it pic.twitter.com/PHzG8GIT4U
— Republicans against Trump (@RpsAgainstTrump) March 3, 2026
Trump juga berkata Amerika mempunyai kuasa untuk mengenakan embargo perdagangan menggunakan undang-undang kecemasan ekonomi antarabangsa.
“Semua perniagaan yang melibatkan Sepanyol boleh saya hentikan. Embargo – saya boleh lakukan apa sahaja,” kata Trump.
Jerman Tegaskan Sepanyol Tidak Boleh Disisihkan
Bagaimanapun, Merz menegaskan bahawa Sepanyol tidak boleh diperlakukan secara berasingan kerana ia merupakan anggota European Union.
Menurut beliau, sebarang rundingan tarif dengan Amerika Syarikat mesti dibuat secara bersama oleh EU, bukan secara individu.
“Sepanyol adalah ahli EU. Rundingan perdagangan dengan AS hanya boleh dibuat bersama atau tidak sama sekali,” katanya.
Pakar Undang-Undang Persoal Langkah Trump
Pakar undang-undang perdagangan dari Georgetown University, Jennifer Hillman, berkata Trump sebenarnya perlu mengisytiharkan keadaan darurat nasional terhadap Sepanyol jika mahu mengenakan embargo penuh.
Langkah itu dianggap sukar kerana Sepanyol sekadar menolak penggunaan pangkalan mereka untuk serangan ke atas Iran.
Sepanyol Beri Respon
Kerajaan Sepanyol pula menegaskan bahawa hubungan perdagangan antara AS dan negara itu juga tertakluk kepada perjanjian dengan European Union serta undang-undang antarabangsa.
Madrid berkata mereka mempunyai sumber mencukupi untuk mengurangkan kesan sekatan, walaupun tetap berharap hubungan perdagangan bebas dapat diteruskan.
Hubungan Dagang AS–Sepanyol
Data Biro Bancian AS menunjukkan Amerika sebenarnya menikmati lebihan perdagangan dengan Sepanyol selama empat tahun berturut-turut.
Laporan pada 2025, Eksport AS ke Sepanyol adalah $26.1 bilion. Sementara import AS dari Sepanyol adalah $21.3 bilion. Jadi A ada lebihan perdagangan AS: $4.8 bilion
Sepanyol antara lain mengeksport minyak zaitun, komponen automotif, keluli dan bahan kimia ke Amerika Syarikat.