Sepanyol terus menjadi negara yang lantang mengecam serangan AS dan sekutunya Isra*l ke atas Iran.
Sepanyol turut mengesahkan bahawa bahawa Amerika Syarikat tidak menggunakan – dan tidak akan menggunakan – pangkalan tentera bersama di wilayahnya untuk operasi terhadap Iran.
Misi ke atas Iran itu dikecam oleh kerajaan Sepanyol yang berpangkalan di Madrid.
“Berdasarkan semua maklumat yang saya ada, pangkalan-pangkalan itu tidak digunakan untuk operasi ketenteraan ini,” kata Menteri Luar Sepanyol, Jose Manuel Albares, kepada televisyen awam pada Isnin.
Perdana Menteri Pedro Sanchez mengecam serangan AS dan I*rael ke atas Iran yang bermula pada Sabtu sebagai campur tangan ketenteraan yang “tidak berasas” dan “berbahaya”, serta di luar kerangka undang-undang antarabangsa — satu lagi pendirian yang berbeza daripada dasar Washington.
“Kerajaan Sepanyol tidak akan membenarkan penggunaan pangkalan tersebut untuk apa-apa tujuan yang melangkaui perjanjian atau tidak selaras dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” kata Albares, merujuk kepada pangkalan tentera laut Rota dan pangkalan udara Moron.
🚨 BREAKING: Spain's leftist Prime Minister Pedro Sánchez just BANNED the United States from using its military bases to launch strikes against Iran
US aircraft have reportedly LEFT bases in Spain
THIS is an "ally?!" What a freaking disgrace.
President Trump recently TORCHED… pic.twitter.com/344l9M1OkU
— Eric Daugherty (@EricLDaugh) March 2, 2026
AS beroperasi di pangkalan-pangkalan itu di bawah perjanjian penggunaan bersama, namun ia kekal di bawah kedaulatan Sepanyol.
Menteri Pertahanan Margarita Robles berkata pangkalan tersebut “tidak akan memberikan sokongan, kecuali jika dalam keadaan tertentu ia diperlukan atas dasar bantuan kemanusiaan”.
Sepanyol turut mengecam serangan balas Iran terhadap negara-negara Teluk tanda mereka tidak menyokong mana mana operasi ketenteraan.
Pendirian Sepanyol ke atas AS dan Isra*l ini dilihat sebagai luar biasa dalam kalangan negara utama Eropah. Ini kerana banyak negara Eropah dilihat menyokong operasi tersebut.
Britain pada awalnya juga enggan membenarkan penggunaan pangkalannya untuk serangan ke atas Iran. Namun pada Ahad, Perdana Menteri Keir Starmer membenarkan penggunaannya atas alasan “pertahanan diri kolektif”, susulan serangan balas Iran yang menyasarkan aset AS di seluruh Asia Barat serta infrastruktur tenaga di rantau Teluk.
Sementara itu, Perancis dan Jerman dilaporkan bersedia mengambil langkah yang sama.