Malaysia memang kaya dengan pelbagai kuih-muih kerana berbilang bangsa tinggal di negara ini.
Baru-baru ini seorang warga Malaysia yang duduk menetap di Liverpool berkongsi perniagaan kuih-muih yang dijalankan oleh seorang doktor yang juga warga Malaysia disambut baik oleh penduduk lokal di Liverpool.
Baca Juga:
- ‘Sumpah Culture Shock Datang Kedah’ – Wanita Ini Terkejut Harga Nasi Lemak Semurah RM1.50
- ‘Tak Pakai Daging B*bi’ – Lelaki Melayu Ini Jual Bak Kut Teh Versi Halal
- ‘Dah Tak Perlu Ke Malaysia’ – Warga Indonesia Ini Gembira Restoran Nasi Kandar Pertama Dibuka Di Jakarta
Menerusi video TikTok yang dimuat naik @marhaidi.hanafi, beliau menunjukkan Dr Syikin sedang berniaga di sebuah pasar pagi di Granby Street Market, Liverpool yang hanya dibuka pada hari Sabtu pertama setiap bulan.
@marhaidi.hanafi Granby Street Market Liverpool dibuka pada hari Sabtu pertama setiap bulan. Kepada yang ke Liverpool jemput singgah, Lokasi berdekatan dengan Rumah Komuniti Malaysia, Liverpool, #melayudiuk #hidupdiperantauan #malaysiantravellers #kisahplanetliverpool
Dr Syikin melayan para pelanggan yang datang ke gerainya dengan penuh mesra sekali. Beliau menerangkan satu persatu kuih-muih Malaysia yang dijual.
Antara kuih-muih yang dijual kepada penduduk tempatan Liverpool itu seperti karipap, cekodok, bengkang ubi, bengkang pandan, kek pelangi dan pelbagai lagi.
Setiap satu kuih-muih dijual pada harga serendah £1 sahaja (RM6) sahaja dan menurut @marhaidi.hanafi kesemua makanan itu habis terjual.
Menerusi komen-komen dikongsikan pada video itu, ramai berasa kagum apabila melihat mat salleh suka dengan kuih-muih Malaysia.
Pada masa sama ramai berkongsi cadangan untuk bertukar-tukar jualan kuih pada setiap bulan supaya penduduk tempatan di situ terdedah dengan makanan Malaysia.
Antara kuih-muih dicadangkan kuih lapis, kuih cara, seri muka, cucur udang, kuih ketayap, roti jala dan tidak lupa juga sarapan ‘wajib’ orang Malaysia, nasi lemak.
Menurut @marhaidi.hanafi, mereka akan cuba menjual air balang kepada para pelanggan pada musim panas akan datang.
Dalam pada itu, ramai warganet berkongsi pengalaman masing-masing di mana ada individu yang mereka kenali menjual makanan Malaysia dan mendapat sambutan mengalakkan daripada mat saleh.
Sekiranya anda berjalan-jalan di Liverpool, kebetulan hari itu Sabtu pertama, bolehlah singgah ke gerai Dr Syikin di pasar pagi Granby Street Market Liverpool.