Sejak ia ditayangkan serentak di Tonton dengan tayangan di Korea sejak 29 September 2025, drama Ms. Incognito semakin mendapat tempat di hati penonton.
Dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Jeon Yeo-been, Jin-young, Seo Hyun-woo, Jang Yoon-joo dan Joo Hyung-young, drama ini mengisahkan Bu Se-mi (Jeon Yeo-been), seorang wanita yang terpaksa menjalani perkahwinan kontrak serta hidup dalam penyamaran demi melindungi rahsia dan harta majikannya.
Segalanya kelihatan terkawal, sehinggalah kemunculan Choi Dong-min (Jin-young), seorang lelaki jujur yang tanpa disangka menjadi ancaman terbesar pada rahsia hidupnya.
Ms. Incognito, karya tulisan Hyun Gyu-ri dengan arahan Park Yoo-young, hadir dengan jalan cerita asli yang penuh misteri, konflik emosi dan kejutan yang sukar dijangka dari awal hingga akhir. Dengan watak yang kompleks serta plot yang penuh tanda tanya, drama ini menjanjikan pengalaman baharu yang segar, mendebarkan dan pasti memikat hati para peminat tegar K-drama.
Drama ini membawa penonton menyelami sisi gelap kehidupan, di mana manusia sanggup menukar identiti, mengkhianati kepercayaan, bahkan mengorbankan cinta demi sebuah kelangsungan hidup.
Setiap episod membuka lembaran rahsia baharu yang menguji kesetiaan dan kejujuran, membuat penonton terus tertanya-tanya, siapakah yang benar-benar mampu bertahan dalam permainan penuh tipu daya ini?
Tayangan perdana Ms. Incognito telah bermula pada 29 September lalu, setiap Isnin dan Selasa, pukul 9.00 malam, serentak dengan tayangan di Korea melalui Tonton. Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang rancangan kegemaran anda, ikuti kami di Facebook, Twitter, TikTok, dan Instagram di @tontonmy.