Skuad Harimau Malaya mungkin diperkuatkan oleh dua lagi pemain termahal selepas kapten Burnley FC, Josh Brownhill serta Zian Flemming didakwa dalam proses menyelesaikan dokumentasi.

Situasi terbabit didedahkan oleh portal pencari bakat, frfuturetalents yang berkongsi mengenai perkembangan dua pemain itu sekali gus menyaksikan skuad Harimau Malaya berpeluang menggunakan khidmatnya bermula November depan.

Baca Juga:

“Menurut sumber terkini, Josh Brownhill dan Zian Flemming sedang dalam proses dokumentasi dan mereka dijangka akan debut seawal November ini.

“Sesuatu yang tidak dijangka jika ia berlaku,” kata frfuturetalents.

Brownhill memiliki nilai pasaran sekitar 13 Juta Euro (RM60 Juta) manakala Flemming bernilai 4.2 Juta Euro (RM19 Juta). Ia menjadikan mereka adalah pemain termahal dalam skuad Harimau Malaya selepas Dion Cools.

Kedua-dua pemain itu memiliki darah keturunan Malaysia dan memerlukan dokumen yang sahih untuk membuktikannya sebelum layak menyarung jersi negara.

Josh Brownhill sebelum ini mengakui memiliki darah keturunan Malaysia daripada neneknya manakala Zian Flemming memiliki darah Malaysia daripada sebelah bapanya.

Musim lepas, Flemming beraksi bersama Millwall FC dalam Liga Championship sebelum dipinjamkan ke Burnley FC.

Beliau juga mampu beraksi di posisi penyerang sekaligus bakal memberi banyak pilihan kepada Pau Marti untuk membentuk barisan mantap dalam skuad Harimau Malaya.

Produk akademi Ajax Amsterdam ini tidak pernah dipanggil sertai skuad kebangsaan Belanda dan sudah tentu beliau berpotensi menyarung jersi Malaysia suatu hari nanti.

Selain Brownhill dan Flemming, seorang lagi pemain termahal dari Liga Belanda, Mats Deijl turut dilaporkan semakin hampir menyertai skuad negara.