Apabila meningkat usia dan masuk fasa pencen, ramai orang mula mempunyai keinginan hidup di rumah yang damai dan tenang.

Selalunya ramai orang akan mengambil keputusan untuk pulang tinggal di kampung halaman masing-masing, lari daripada hiruk-pikuk bandar.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Di platform X.com, ramai yang kongsikan impian mereka yang mahu membina rumah diimpikan — rumah rekaan moden, ditambah ketenangan kawasan kampung.

Menerusi perkongsian warganet, didapati mereka merancang untuk memiliki tanah sendiri di kampung, kerana bebas untuk membuat bentuk rumah idaman mereka sendiri dengan harga yang jauh lebih murah daripada kawasan bandar.

Bagaimanapun tampil sekumpulan netizen mengajak orang ramai berfikir rasional kerana ia bukanlah satu perkara mudah. Pada masa sama bukan semua orang boleh biasakan diri dengan perubahan tempat tinggal.

Ini kerana banyak faktor yang perlu diambil kira, lebih-lebih lagi sekiranya individu itu sudah terbiasa tinggal di kawasan bandar buat sekian lama.

Antaranya adalah perubahan suasana, fasiliti dan komuniti setempat. Ditambah pula daripada segi keselamatan apabila berlaku bencana alam seperti banjir pada musim tengkujuh.

Dalam pada itu netizen meminta orang ramai lebih-lebih lagi yang sudah biasa tinggal di bandar untuk membuat ‘kira-kira’ terlebih dahulu sama ada sudah bersedia hidup tinggal di kampung.

Setakat artikel ini ditulis, orang ramai masih melontarkan pendapat dan pengalaman masing-masing mengenai buat rumah sendiri di atas tanah kawasan kampung di platform X.com.

Bagi anda yang membaca artikel ini, anda memilih untuk hidup selepas pencen di kawasan bandar atau bina rumah atas tanah sendiri di kawasan kampung?

Sumber