Selain menyediakan konten masakan, Khairulaming juga cukup terkenal dengan sifat merendah diri dan kekal profesional di dalam kalangan influencer di media sosial.

Walaupun sudah berstatus jutawan, beliau dilihat masih memilih untuk kekal gaya hidup secara bersederhana. Disebabkan pendiriannya itu, sudah pasti ada segelintir pihak mempersoalkan mengapa beliau tidak menaik taraf gaya hidupnya menerusi satu sesi live baru-baru ini.

Baca Juga:

khairulaming
Sumber Gambar: Harian Metro

Khairulaming memberikan respon terhadap persoalan berkenaan dengan mengatakan dirinya lebih selesa hidup bersederhana daripada membeli barangan untuk diri sendiri.

Walaupun sudah bergelar jutawan namun Khairulaming masih pilih untuk tidak memanjakan diri dengan kereta atau rumah mewah. Difahamkan pada ketika ini beliau kekal menggunakan kereta Produa Bezza dan tidak bercadang untuk menukar kereta yang lebih mewah.

“Saya jenis macam ini, tak tau lah kalau orang lain. Saya ini jenis hidup cukup-cukup, maksudnya boleh bayar bil, kos hidup apa semua. Tapi kita nak pendapatan yang lebih besar supaya dapat tidur dengan tenang”, katanya dalam video yang bersiaran secara langsung.

Tambah Khairulaming lagi, dengan memiliki wang simpanan yang mencukupi, beliau hanya mahukan kehidupan yang selesa tanpa rasa bimbang dan dapat tidur dengan tenang.

“Masalahnya adalah bila income kita dah besar dan kita tambah lagi expenses yang besar, kita akan patah balik cara lama di mana kita takkan boleh tidur tenang juga sebab duit takkan pernah cukup.”

“Jadi, kenapa saya tak pernah upgrade ialah dengan income yang sekarang, kalau saya maintain gaya hidup saya yang sekarang, saya boleh tidur dengan tenang, sebab kita dah ada simpanan duit yang selesa untuk kita hidup senang.”

“Tapi kalau saya ada income sejuta. Malam ini saya beli Lamborghini, katalah harga RM700,000, bulan-bulan kena bayar berpuluh-puluh ribu, nak tidur esok tak tenang juga sebab tu tak cukup nak cover kereta yang saya beli tu”.

Selain itu, Khairulaming turut mendedahkan dirinya tidak suka membuat pinjaman peribadi atau bank semata-mata untuk memenuhi kehendak. Beliau menganggap kehidupan bebas hutang adalah jauh lebih baik.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan bahawa dirinya tidaklah setenang mana kerana kini sudah mempunyai tanggungjawab baru di mana perlu menjaga perniagaan, pendapatan kakitangan dan sebagainya.

Bila ditanya mengenai komitmen pembiayaan dengan bank buat masa ini, Khairulaming menjelaskan bahawa hanya terikat dengan komitmen kereta Perodua Bezza miliknya sahaja.

Khairulaming turut mendedahkan bahawa beliau tidak memiliki rumah, kereta mewah dan asetnya hanyalah kilang. Khairulaming juga mempunyai pendirian berkenaan dengan perihal rumah yang sering dikatakan sebagai aset utama.

“Bergantunglah cara awak pandang benda itu, sebab kilang tu generate income, jadi saya anggap dia sebagai aset, dan benda tu bukan hutang. Jadi katakanlah, nauzubillah… bisnes Sambal Nyet ini hancur, katakanlah Khairulaming ni tiba-tiba meninggal, aset tu family saya boleh jual.”

@syaz_aa

#khairulaming khairul@khairulaming #tiktokmalaysian #fyplaa #khairulaminghumble #sambalnyet

♬ Rahmatun Lil’Alameen – Maher Zain

Dalam pada itu, bila disoal jika dirinya, produk dan perniagaannya tidak lagi relevan, Khairulaming mendedahkan bahawa kilang yang dimiliki itu sudah mencapai standard yang tepat sekaligus membolehkan ia menghasilkan produk OEM untuk orang lain.