Baru-baru ini, Elon Musk telah membuat kejutan dengan mengubah logo platform Twitter kepada gambar anjing Shiba Inu. Perubahan ini bagaimanapun menerima reaksi yang baik daripada pengguna kerana menggangap ia sebagai satu jenaka sahaja.
Beliau kini menerusi akaun Twitter rasminya telah membuat ciapan kontroversi selepas mendakwa pengguna Instagram mempunyai darjah kecerdasan otak kurang dari 100.
Baca Juga:
- Dakwa Berisiko Kepada Masyarakat, Elon Musk Mahu Pembangunan AI Dihentikan Buat Sementara Waktu
- Elon Musk Muncul Manusia Pertama Dalam Sejarah Alami Kerugian RM880 Bilion
They should really get rid of that 100 IQ maximum limit for creating an account on Instagram
— Elon Musk (@elonmusk) April 3, 2023
Beliau mengejek pengguna platform media sosial itu dengan mendakwa bahawa penggunanya tidak mempunyai kecerdasan otak kerana sesiapa sahaja boleh terus mendaftar sebaik sudah berusia 13 tahun.
Meskipun begitu, dakwaan Elon Musk itu tidak pula disertakan dengan alasan kukuh bagi menjelaskan kenyataan tersebut. Ciapan tersebut menyebabkan pengguna Twitter menyarankan beliau supaya membeli Instagram daripada Meta.
Namun ada yang juga tidak setuju dengan mencadangkan supaya beliau memperkenalkan ciri had IQ di platform Twitter. Dengan ini, hanya mereka yang sudah cukup dewasa dan berpelajaran sahaja boleh menggunakan platform Twitter sekaligus menjadi penanda aras baharu dalam arena media sosial.