Sebanyak enam kelab dari Liga Malaysia tersenarai antara pasukan yang menerima hukuman larangan pendaftaran pemain baharu dan sekatan perpindahan daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Menurut data rasmi di laman sesawang FIFA, antara kelab yang terlibat ialah Kedah Darul Aman (KDA FC), Kuala Lumpur City (KL City), TRW Kelantan, Melaka United, Perlis dan Sarawak United.
Baca Juga:
- ‘Ibu Lebih Percayakan Scammer’ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
- Anda Selalu Boros? Ini Tip Berbelanja Khas Untuk Kaki Shopping
- ‘Gaji RM2,800 Beli Civic’ – Peguam Dedah Ini Antara Punca Orang Muda Muflis Awal
Jumlah ini menyaksikan kelab dari Liga Malaysia paling banyak di Asia Tenggara yang menerima hukuman FIFA berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Thailand.
Hukuman ini dikenakan kerana kegagalan mereka melunaskan tunggakan gaji pemain selama beberapa bulan sejak tahun lepas.
🚫FIFA announces new database of clubs banned from registering new players.
👉Number of clubs from Asean countries whose transfer ban is still valid:
6️⃣ Malaysia 🇲🇾
5️⃣ Indonesia 🇮🇩
5️⃣ Thailand 🇹🇭
2️⃣ Myanmar 🇲🇲
1️⃣ Cambodia 🇰🇭
1️⃣ Philippines🇵🇭
1️⃣ Vietnam 🇻🇳#FIFA pic.twitter.com/CKB9vCCK3J— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) April 3, 2024
Perkembangan itu sekaligus menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan mengenai bagaimana pasukan seperti KDA FC dan KL City boleh menandatangani pemain baharu pada musim ini walaupun hukuman FIFA masih dikenakan.
Menurut data FIFA, larangan pendaftaran pemain baharu yang dikenakan ke atas KDA FC bermula pada tarikh 4 Mac 2024 manakala KL City pada 1 Februari 2024.
Ini bermakna pemain baharu yang ditandatangani selepas tarikh tersebut tidak boleh beraksi di atas padang dalam setiap perlawanan liga domestik dan peringkat antarabangsa kecuali dibenarkan FIFA.
Walaupun dilarang diturunkan dalam perlawanan rasmi, namun pemain baharu itu dibenarkan menjalani latihan bersama pasukannya.
KDA FC dan KL City perlu melunaskan segera semua baki tunggakan gaji sebelum tarikh tutup jendela perpindahan Liga Malaysia (3 Mei 2024) untuk mendapatkan kebenaran FIFA mendaftar pemain baharu pada musim 2024-2025.
Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dijangka akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai status pendaftaran pemain baharu bagi dua pasukan tersebut dalam masa terdekat.