Temasya Piala Asia 2023 nyata meninggalkan suka dan duka dikalangan peminat bola sepak Asia dimana Qatar berjaya mempertahankan kejuaraan selepas menewaskan Jordan pada perlawanan akhir dengan keputusan 3-1.

Selepas temasya tamat, ada pasukan yang memutuskan untuk berpisah dengan ketua jurulatih dimana mereka tidak berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan oleh pasukan ketika kejohanan sedang berlangsung.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Antara jurulatih awal yang ditamatkan kontrak ialah Petar Šegrt dimana beliau memutuskan untuk tidak menandatangani kontrak lanjutan bersama Tajikistan walaupun pasukan itu berjaya mara sehingga ke peringkat suku akhir.

Šegrt mula membimbing Tajikistan pada awal 2022 lalu dan pemergian beliau diumumkan oleh Persekutuan Bola Sepak Tajikistan (FFT) pada bulan lalu.

Seterusnya ada pengendali Jordan iaitu Hussein Ammouta dimana beliau memutuskan untuk berpisah dengan finalis Piala Asia 2023 itu kerana masalah peribadi.

Empat jurulatih seterusnya berbeza nasib dengan Sergt dan Ammouta dimana mereka dipecat ekoran prestasi buruk yang ditampilkan oleh pasukan sepanjang temasya berlangsung.

Mereka adalah Branko Ivankovic (Oman), Juan Antonio Pizzi (Bahrain), Aleksandar Jankovic (China) dan Jurgen Klinsmann (Korea Selatan).

Ivankovic dipecat selepas Oman gagal melepasi saingan peringkat kumpulan dimana pasukan itu menamatkan saingan di tangga ketiga kumpulan F sekaligus gagal mara ke peringkat seterusnya.

Antonio Pizzi pula dipecat selepas pasukan bimbingannya tewas di perlawanan peringkat 16 pasukan terakhir di tangan Jepun dengan keputusan 3-1. Selain itu, Bahrain dianggap menampilkan persembahan bola sepak hambar sejak dibimbing oleh Pizzi.

Jankovic kehilangan jawatannya selepas China hanya mampu meraih dua mata dan gagal menjaringkan sebarang gol ketika perlawanan peringkat kumpulan.

China dianggap salah satu pasukan yang paling mengecewakan dan badan bola sepak negara itu memutuskan untuk memecat Jankovic serta merta.

Jurulatih terakhir adalah Jurgen Klinsmann dimana beliau dipecat ekoran gagal membawa Korea Selatan untuk muncul juara pada temasya edisi kali ini.

Korea terkandas di peringkat separuh akhir dimana mereka tewas di tangan Jordan dengan keputusan 2-0 dan terdapat perpecahan di kalangan pemain dalam pasukan berkenaan.