Ketua jurulatih skuad kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong menegaskan beliau berminat untuk kembali mengemudikan pasukan Korea Selatan selepas Jurgen Klinsmann dipecat.
Minggu lalu, Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) memecat Klinsmann selepas pasukan itu gagal memenangi Piala Asia 2023 di Qatar dimana mereka terkandas di peringkat separuh akhir.
Baca Juga:
- TERKINI: KFA Pecat Jurgen Klinsmann
- Hukuman Penggantungan Menanti Son Heung-min Dan Lee Kang-in
- KFA Dedah Pemain Korea Bergaduh Sebelum Lawan Jordan
KFA mahu mencari jurulatih tempatan bagi mengendalikan pasukan dan beberapa nama muncul sebagai calon utama bagi mengisi kekosongan tersebut termasuk nama Tae-yong.
Menurut laporan media Indonesia, Tae-yong berminat untuk kembali mengendalikan skuad Korea meskipun tidak mendapat jawatan itu dalam waktu terdekat.
“Saya berharap sekali lagi dapat menjadi ketua jurulatih skuad kebangsaan (Korea). Itu merupakan perkara terakhir yang saya mahukan,” katanya.
Ketika ini, Shin Tae-yong masih terikat kontrak dengan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) sehingga Jun 2024 dan masih belum ada sebarang perbincangan mengenai kontrak lanjutan antara kedua pihak.
Sekiranya PSSI tidak menyambung kontrak jurulatih berusia 53 tahun itu, tidak mustahil beliau akan dilantik semula sebagai ketua jurulatih Korea memandangkan Tae-yong memiliki pengalaman mengendalikan pasukan itu.
KFA memecat Klinsmann selepas jurulatih dari Jerman itu dianggap gagal untuk memenuhi sasaran yang diletakkan sebelum pasukan beraksi di Piala Asia.
Sebelum dipecat, Klinsmann menyalahkan pemain selepas pasukan itu gagal dalam usaha mereka memenangi temasya Piala Asia 2023.
Jurgen Klinsmann blamed the loss to Jordan at the #AsianCup on disharmony among players, not any lack of tactical preparation.
In fact, according to KFA technical director Hwangbo Kwan, Klinsmann "didn't acknowledge" any lack of tactical prep on his part.— Jeeho Yoo (@Jeeho_1) February 15, 2024
Menurut perkongsian wartawan tempatan, Klinsmann menyalahkan pemainnya yang tidak harmoni sebelum aksi separuh akhir menentang Jordan yang mana perlawanan tersebut menyaksikan pasukan itu tewas dengan keputusan 2-0.
“Klinsmann menyalahkan pemain yang tidak harmoni selepas tewas kepada Jordan, bukannya tidak bersedia dari segi taktikal. Menurut Pengarah Teknikal Korea FA (KFA), Hwangbo Kwan menegaskan Klinsmann menafikan ada kekurangan dari segi teknikal,” kata Jeeho Yoo.