Organisasi sokongan usahawan global, Endeavor, telah menyenarai pendek 11 buah syarikat untuk Program ScaleUp Kohort 4 mereka.

Program ScaleUp Endeavor terus menyasarkan untuk merancakkan ekosistem dengan menghasilkan lebih banyak usahawan berpotensi tinggi untuk dekad yang akan datang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Melalui Program ScaleUp, Endeavor dengan bangganya telah menyokong syarikat pemula inovatif seperti Bloomthis, TRAPO, Dropee, Kiddocare dan Metier Food, serta memperkasakan mereka untuk mencapai pencapaian luar biasa.

Melalui program-program kohort lalu, Endeavor menemui formula berkesan dari segi kandungan dan tempoh program, dan ini membolehkan para peserta mendapat pengalaman yang mendalam bagi mendorong mereka ke hadapan.

“Sebagai Usahawan Endeavor, saya amat berbesar hati dan teruja untuk menjadi sebahagian daripada program ini.

“Sokongan Endeavor yang tidak berbelah bagi begitu penting dalam perjalanan keusahawanan saya sendiri dan saya sangat teruja melihat ia terus berkembang kepada setiap syarikat yang dipilih untuk Kohort ini,” komen Usahawan Endeavor, Vivy Yusof (Pengasas Bersama & Pengarah Kreatif Kumpulan The FV Group) yang merupakan salah seorang Ahli Lembaga Penasihat untuk Program ScaleUp Kohort 4 Endeavor.

Ini senarai 11 syarikat yang telah disenarai pendek:

1. ReSkills


Platform pembelajaran dalam talian global yang mudah diakses, ReSkills, menawarkan pendidikan berorientasikan kerjaya dengan kelayakan mikro yang diperakui, dan meningkatkan kemahiran melalui pelbagai teknologi yang ditawarkan.

2. BioLoop


Merevolusikan pengurusan sisa organik, BioLoop menggunakan Black Soldier Fly Larva untuk mencipta protein serangga dan baja semula jadi yang mampan dan memupuk amalan pertanian mesra alam.

3. Showwcase
Memenuhi keperluan pengambilan pekerja, Showwcase adalah rangkaian profesional yang menghubungkan syarikat dengan bakat pembangun yang telah disemak terlebih dahulu.

4. PHUTURE


Sebagai peneraju inovator protein alternatif Malaysia, PHUTURE menghasilkan penyelesaian berasaskan tumbuhan dan mikoprotein, dan menyumbang kepada jaminan makanan, daya tahan iklim dan kesihatan.

5. Virtualtech Frontier (VTF)

Sebagai syarikat barisan depan Teknologi Metaverse dan Imersif, VTF mencipta metaverse yang boleh diakses dengan platform Metaverse Tanpa Kod dan perkhidmatan virtualisasi transformatif.

6. AOne
Memudahkan pengurusan pendidikan melalui Software-As-A-Service, AOne mengautomasikan pembayaran dan operasi untuk akademi-akademi merentasi pelbagai negara SEA.

7. POMEN

Platform Automotif Generasi Seterusnya POMEN mengautomasikan operasi selepas jualan B2B, justeru memperkemas dan meningkatkan perkhidmatan automotif.

8. Carching

Carching mempertingkatkan pengalaman pemanduan dan membantu pemandu untuk mendapatkan lebih banyak nilai daripada perjalanan dengan menukarkan kilometer kepada penjimatan secara berkesan.

9. TheNoor


Dengan lebih 6 juta muat turun seluruh dunia, TheNoor adalah Aplikasi Gaya Hidup Islam dalam misi untuk meluaskan jangkauan dan perkhidmatannya ke seluruh dunia.

10. Petotum


Mempermudahkan industri haiwan peliharaan, platform bersepadu Petotum menyediakan perkhidmatan kepada pelbagai pasaran tegak, daripada insurans haiwan peliharaan kepada usahasama peniaga, dengan matlamat untuk menawan dan mengukuhkan seluruh pasaran Malaysia.

11. ParkIt Malaysia


ParkIt Malaysia menghubungkan orang ramai dengan ruang letak kereta dengan memudahkan urusan meletakkan kereta melalui platform mesra penggunanya.

Kesemua 11 syarikat telah dipilih berdasarkan tiga kriteria utama; usahawan, perniagaan dan masa. Sebagai sebahagian daripada program ScaleUp Endeavor, setiap syarikat terpilih akan disokong oleh rangkaian dan pakar daripada Endeavor dengan bimbingan terpilih dalam memangkinkan perjalanan penskalaan mereka.

Mereka akan memperoleh cerapan pasaran yang berharga dan mendapat pelan dan faedah yang disesuaikan berdasarkan cabaran pertumbuhan mereka yang khusus dan unik, untuk tempoh empat bulan seterusnya.