Pengarah dan penerbit, Erma Fatima enggan menolak kemungkinan akan bekerjasama dengan pelakon kontroversi pada ketika ini iaitu Alif Aziz dan Ruhainies.

Menurut Erma Fatima atau nama lengkapnya Fatimah Rahmad Ali, 56, dia tidak akan mencampur adukkan antara masalah peribadi dengan bakat yang dimiliki oleh seseorang pelakon.

Sumber Gambar: Cari infonet

“Untuk saya bakat dan masalah peribadi tiada kene mengena. Untuk kerjasama dengan (Alif dan Ruhainies) pada masa akan datang tiada masalah,” ujarnya.

“Berkemungkinan bekerjasama dengan mereka itu boleh sahaja berlaku,” tambahnya lagi.

Erma berkata sedemikian selepas ada segelintir penerbit yang ingin memboikot dua selebriti tersebut selepas nama mereka terpalit dengan kontroversi dan isu ditangkap berkhalwat baru-baru ini.

Terdahulu, Erma dikecam teruk oleh netizen apabila dia mengeluarkan kenyataan yang meminta wanita bernama Sarah Yasmine untuk berhenti membuka aib selebriti tanah air.

Sumber