Manchester United berkunjung ke Anfield dalam aksi EPL. Liverpool dianggap pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan kali ini.
Liverpool bermula dengan sangat baik. Namun penyudah The Reds sangat mengecewakan. Andre Onana menyelamatkan percubaan satu lawan satu dengan Alexis Mac Allister.
Mohamed Salah kemudian melambungkan bola tinggi melepasi palang gol.
Peluang terbaik United adalah menerusi Hojlund yang gagal menewaskan Alisson.
United kemudian berjaya mengimbangi perlawanan dan bertahan dengan sangat baik.
Pada separuh masa kedua, United terlebih dahulu di hadapan menerusi gol oleh pemain pertahanan Lisandro Martinez yang merembat deras menewaskan Alisson Becker pada minit ke-52.
LISANDRO MARTINEZ đź’Ş#LIVMUN pic.twitter.com/4Azlto8XDU
— Premier League (@premierleague) January 5, 2025
Hanya 3 minit kemudian, United menyerang lagi dan Alisson menyelamatkan gawang mereka.
Pada minit ke-59, pemain yang dalam prestasi terbaik, Cody Gakpo menyamakan kedudukan. Ini selepas Gakpo mengacah De Ligt dan merembat masuk.
VAR menyemak gol tersebut dan ianya kekal.
Kemudian Liverpool dihadiahkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan De Ligt. Pengadil awalnya tidak menunjukkan ke titik penalti.
Kemudian pengadil Michael Oliver menyemak VAR, dan memutuskan untuk memberikan penalti.
Mo Salah merembat masuk penalti tersebut yang dapat dibaca Onana, namun kualiti penalti tersebut terlalu bagus.
Mohamed Salah has now scored the same amount of Premier League goals as Thierry Henry. đź‘€
Thierry Henry
â—Ž 258 games
â—Ž 175 goalsÂ
â—Ž 74 assistsÂMohamed Salah
â—‰ 282 games
â—‰ 175 goals
â—‰ 82 assistsÂTwo legends of the game. đź‘‘ pic.twitter.com/oahAMqOtvA
— Squawka (@Squawka) January 5, 2025
Pada minit ke-80, Amad Diallo menyamakan kedudukan selepas menerima hantaran cantik daripada Alejandro Garnacho.
Pada masa kecederaan, Onana melakukan 3 saves yang cemerlang. Menafikan percubaan Jota, Bradley dan tandukan jarak dekat Virgil Van Dijk.
Harry Maguire mempersia siakan peluang terbaik untuk memenangi perlawanan pada minit akhir permainan.
Akhirnya perlawanan tamat 2-2. Liverpool kekal 6 mata di atas Arsenal sebagai pendahulu liga. Manchester United pula berada di tangga ke-13.