Arsenal terus memecut dalam persaingan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.
Menyedari kemenangan Man City semalam membuatkan mereka wajib menang ke atas Brentford di Emirates untuk mengekalkan jarak selesa dengan Man City.
Di Emirates, Mikel Merino meletakkan Arsenal di hadapan seawal minit ke-11.
Skuad Mikel Arteta terlalu dominan dalam perlawanan ini. Mereka langsung tidak membenarkan sebarang percubaan tepat daripada Brentford.
Ketika peminat mereka berdebar debar menuju ke wisel penamat, Bukayo Saka memastikan 3 mata disimpan erat oleh Arsenal dengan gol pada masa kecederaan minit ke-90+1.
Dengan kemenangan ini Arsenal kini mengutip 33 mata daripada 14 perlawanan dengan kemenangan ke-10 mereka musim ini.
Selepas beberapa kali menamatkan musim di tangga kedua, musim ini nampak gayanya sinar kejuaraan EPL semakin kelihatan sedangn menuju ke Emirates.
Sementara Brentford menelan kekalahan ketujuh mereka musim ini dan berada di tangga ke-13.