Mathijs De Ligt menyelamatkan Man United daripada kekalahan di Stadium Tottenham.
Bryan Mbeumo meneruskan rentak cemerlangnya di hadapan gol dengan mencetak gol pembukaan minit ke-32 setelah dia menerima hantaran lintang Amad Diallo.
Spurs kemudian mendominasi perlawanan. Sene Lemmens beberapa kali menyelamatkan gawang United.
Pada separuh masa kedua Spurs meningkatkan lagi intensiti mereka. Pemain gantian, Mathys Tel menyamakan kedudukan pada minit ke-84 menerusi satu acahan yang cantik dan melakukan lencongan.
Bola terbias sedikit pada kaki De Ligt yang membuatkan Lemmens tidak ada peluang untuk menyelamatkannya.
United terus ditekan oleh Spurs. Pasukan tuan rumah akhirnya di hadapan menerusi gol oleh Richarlison yang melakukan tandukan kilas pada masa kecederaan 90+1.
Ketika Spurs berkira kira meraikan 3 mata milik mereka. United memanfaatkan sepakan penjuru terakhir mereka dengan menyempurnakan rutin tersebut menerusi tandukan De Ligt.
Tamat perlawanann Spurs 2 United 2.