Liverpool akhirnya berjaya kembali semula ke landasan kemenangan selepas beberapa siri kekalahan yang dialami mereka.

Berdepan West Ham di Stadium London, Arne Slot menguji trio serangan Gakpo-Isak-Wirtz.

Selepas separuh masa pertama yang sukar untuk Liverpool, juara England itu akhirnya memecah kebuntuan menerusi penyerang termahal mereka Alexander Isak pada minit ke-60.

Isak menerima hantaran cantik daripada Cody Gakpo dan menewaskan Areola dengan penyudah klinikal.

Itu adalah gol pertama Isak dalam saingan EPL untuk Liverpool.

Liverpool kemudian dipaksa bertahan oleh West Ham. Tetapi The Hammers terpaksa bermain 10 pemain lewat perlawanan selepas Lucas Paqueta dibuang padang kerana insiden pelik.

Dia memndapat 2 kad kuning secara berturut turut kerana membantah keputusan pengadil.

West Ham tetap lebih mengancam dengan 10 pemain dan Bowen hampir menewaskan Alisson dengan rembatan derasnya.

Ketika West Ham kelihatan boleh melakukan sesuatu untuk melukakan Liverpool, Cody Gakpo meletakkan Liverpool 2 gol di hadapan menerusi rembatan dari dalam kotak penalti.

Liverpool memastikan kemenangan pertama mereka di tempat lawan selepas pertengahan September.