Liverpool hampir terjerumus ke dalam satu lagi kekalahan dalam EPL musim ini. Namun mujur jaringan sendiri pemain lawan menyelamatkan mereka daripada kalah.
Apapun, Liverpool masih gagal mencatatkan keputusan yang diharapkan. Skuad Arne Slot sekadar seri 1-1 dengan pendatang baharu, Sunderland.
Mohamed Salah sekali lagi diletakkan di bangku simpanan selepas prestasi kurang memuaskan beliau pada awal musim ini.
Mo Salah watching Liverpool vs. Sunderland from the bench 👀 pic.twitter.com/SeAFXvsrga
— ESPN UK (@ESPNUK) December 3, 2025
Di atas padang, Liverpool terus bergelut dengan prestasi mereka musim ini. Gagal menjelmakan lebih banyak ancaman di hadapan gol.
Akhirnya, Sunderland di hadapan menerusi gol Chemsdine Talbi minit ke-67.
Sunderland kemudian bertahan dan menyerang Liverpool dengan serangan balas dari sayap.
Liverpool menyamakan kedudukan pada minit ke-81, selepas aksi kemas Florian Wirtz di dalam kotak penalti. Rembatannya terbias pada kaki Mukiele yang disahkan sebagai jaringan sendiri.
Sunderland hampir di hadapan sekali lagi apabila serangan balas dicetuskan oleh Roefs mewujudkan situasi 1 lawan 1. Namun Chiesa menjadi penyelamat Liverpool.
Tamat perlawanan, Liverpool 1 Sunderland 1.
Ini adalah keputusan seri pertama dicatatkan Liverpool musim ini. Sunderland terus memulakan kempen yang cemerlang pada musim ini, kekal berada di 6 teratas.