Tanpa Bukayo Saka dan William Saliba, Arsenal masih menunjukkan kualiti mereka di atas padang.
Prestasi dua pemain baharu Arsenal, Martin Zubimendi dan juga Gyokeres juga sangat baik.
Skuad Mikel Arteta menang 3-0 ke atas Forest yang dibimbing pengurus baharu, Ange Postecoglou selepas pemecatan Nuno Espirito.
Di atas padang, skuad Mikel Arteta langsung tiada masalah. Ancaman demi ancaman dihadirkan, terutama sekali menerusi Noni Madueke.
Pada minit ke-32, Martin Zubimendi memastikan tuan rumah di hadapan menerusi gol peluru daripada luar kota penalti. Ini adalah gol pertama Zubimendi bersama Arsenal.
ZUBIMENDI VOLLEY FROM OUTSIDE THE BOX FOR HIS FIRST ARSENAL GOAL 🤯
WHAT A STRIKE! pic.twitter.com/qzRGPyvHi6
— ESPN FC (@ESPNFC) September 13, 2025
Separuh masa kedua, Viktor Gyokeres terus meletakkan pasukannya 2 gol di hadapan pada minit ke-46.
Zubimendi menjadi pencetak gol sekali lagi pada minit ke-79 selepas melakukan tandukan kilas dalam kotak penalti.
Arsenal benar benar dominan dalam perlawanan. Di mana Nottingham Forest buntu untuk mencari jalan bagi mengancam kubu gol lawan mereka.
Tamat perlawanan, Arsenal 3, Nottingham Forest 1.