Rekod tanpa kalah Manchester United berakhir dengan cara yang tidak disangka sangka. Di mana mereka tewas di tangan pasukan yang bermain dengan 10 pemain.
Bekas pengurus mereka, David Moyes akhirnya menang sebagai pengurus pasukan pelawat di Old Trafford – buat pertama kali dalam kariernya.
Everton bermula dengan masalah, ini apabila Idrissa Gueye dibuang padang atas alasan yang pelik pada minit ke-13. Dia telah menampar rakan sepasukannya, Michael Keane.
Idrissa Gueye was sent off after putting his hands on teammate Michael Keane 🟥
He even did the same to Jordan Pickford when he tried to break it up.
Everton still went 1-0 up vs. United just 16 minutes later 😮 pic.twitter.com/75aRji30PC
— ESPN UK (@ESPNUK) November 24, 2025
Man United bermain sebahagian besar perlawanan dengan kelebihan seorang pemain. Namun tidak dapat benar benar memanfaatkan kelebihan itu.
Everton malah di hadapan tidak lama selepas itu, apabila Kiernan Dewsbury Hall mencetak gol cantik pada minit ke-29.
Selepas itu, perlawanan ini adalah tentang kecemerlangan Jordan Pickford dan juga disiplin Everton ketika bertahan.
Man United melakukan 26 percubaan secara keseluruhannya dengan hanya 6 percubaan tepat, tanpa sebarang gol.
Sementara Everton hanya melakukan 2 percubaan sepanjang perlawanan dengan hanya 1 percubaan tepat yang terus masuk ke dalam gawang United.
Kemenangan ini membolehkan Everton memintas Liverpool dan menyamakan mata dengan Manchester United.
Moyes meraikan kejayaan peribadi dengan kemenangan pertamanya di Old Trafford sebagai pengurus pasukan pelawat, selepas 18 kali mencubanya.
David Moyes wins at Old Trafford as an opposing manager for the first time ever and look what it means to him! 😍
A special night for Everton in Manchester.
↳ Premier League. Live & On Demand with 4K on Football’s New Home, Stan Sport. Stream now.#StanSportAU #PremierLeague pic.twitter.com/1FdD1aQ7zC
— Stan Sport Football (@StanSportFC) November 24, 2025