Penduduk Kelantan diminta bersabar kerana masalah air yang membelenggu negeri tersebut dijangka bakal selesai dalam masa tiga tahun lagi, iaitu kira-kira pada tahun 2027.

Difahamkan, masalah air di Kelantan sudah membelenggu penduduk-penduduknya mencecah lebih daripada 20 tahun lalu.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Berita Harian

Menurut Exco Jawantankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, Datuk Dr Izani Husin, perkara ini susulan loji-loji yang dinaik taraf dan dibina dijangka siap sepenuhnya pada 2027.

“Jadi pada 2028 nanti, Kelantan akan mempunyai lebihan bekalan air,” katanya.

Beliau telah berkata sedemikian selepas merasmikan Majlis Berbuka Puasa Bersama Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pada Ahad lalu.

Beliau berkata, kerajaan negeri pada masa ini dalam perancangan untuk melaksanakan kerja-kerja menukar paip lama.

Paip-paip yang akan ditukar ini merupakan  paip-paip reput dan tidak mampu bertahan untuk jangka masa yang lebih panjang.

Penukaran paip lama ini kira-kira melibatkan paip sepanjang 5,000 kilometer (km) dan dilakukan secara beransur-ansur.

Ujarnya lagi, daripada jumlah tersebut, kira-kira 1,000 kilometer panjang paip lama perlu ditukar dengan kadar secepat mungkin.

Dr Izani memberitahu, bagaimanapun setakat hari ini kerajaan negeri hanya berupaya melakukan kerja-kerja menukar paip pada jarak 150 km sahaja dalam tempoh setahun.

Tambah beliau, melalui perancangan terbaharu kerajaan negeri akan berbincangan dengan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam meningkatkan keupayaan untuk menukar paip-paip air tersebut.

Menurut beliau lagi, permohonan peruntukan untuk kerja-kerja akan dibuat mengikut kemampuan.

Sumber