Arsenal berjaya mendapatkan Ezri Konsa daripada Aston Villa dalam satu lagi langkah besar untuk memperkuatkan benteng pertahanan mereka.
Menurut laporan The Athletic, Konsa melengkapkan perpindahan ke Arsenal dengan nilai £51 juta, selain tambahan sehingga £4 juta berdasarkan prestasi.
Pemain pertahanan England berusia 28 tahun itu menandatangani kontrak selama empat tahun, dengan pilihan lanjutan untuk setahun lagi.
Konsa menjadi sasaran utama Arsenal selepas William Saliba mengalami kecederaan belakang yang memerlukan tempoh pemulihan panjang, manakala Jurrien Timber turut mengalami masalah kecederaan.
🚨 Ezri Konsa completes move from Aston Villa to Arsenal. Final transfer fee for 28yo defender £51m + £4m add-ons to #AVFC. England international underwent #AFC medical yesterday & has now put pen to paper on 4yr contract with option of 5th @TheAthleticFC https://t.co/9Cf7W3wODd
— David Ornstein (@David_Ornstein) August 21, 2026
Keupayaan Konsa bermain sebagai pertahanan tengah dan bek kanan menjadi antara faktor utama Arsenal memilihnya.
Arsenal sebelum ini turut menilai Jarell Quansah, namun akhirnya memilih Konsa selepas rundingan dengan Villa mencapai persetujuan.
Konsa menyertai Aston Villa pada 2019 dari Brentford dan mencatat 286 penampilan sepanjang tujuh tahun bersama kelab tersebut. Dia juga mempunyai 28 kaps bersama England.
Perpindahan ini menyaksikan Arsenal menambah seorang lagi pemain berpengalaman Premier League dalam usaha mempertahankan kejuaraan liga mereka.
Konsa dijangka membuat penampilan pertama bersama Arsenal ketika menentang bekas kelabnya, Aston Villa, pada 31 Ogos.
Sama sama kita nantikan sambutan penyokong Aston Villa kepada bekas pemain mereka itu nanti.